KUALA LUMPUR: CapitaLand Malaysia REIT Management Sdn Bhd (CMRM), pengurus CapitaLand Malaysia Trust (CLMT), optimis bahawa perbelanjaan pengguna akan meneruskan momentum menaik tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif CMRM Tan Choon Siang berkata perbelanjaan pengguna mengekalkan trajektori naik pada separuh pertama tahun ini berbanding tahun lepas.
"Tanpa sebarang sebab untuk mencadangkan sebaliknya, kami berpendapat perbelanjaan pengguna akan mengekalkan momentum peningkatan kerana jika anda tinjau dalam perbelanjaan seperti makanan dan minuman serta hiburan, banyak yang membuat kemunculan semula yang kukuh," katanya kepada pemberita selepas taklimat media secara maya mengenai keputusan kewangan suku kedua CLMT bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 semalam.
Kelemahan ringgit tidak mendatangkan impak terhadap perbelanjaan pengguna dan beliau juga menjangkakan perbelanjaan yang lebih besar daripada rakyat Singapura tahun ini.
Pada suku kedua, CLMT mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM29.72 juta berbanding RM23.12 juta yang disaksikan semasa tahun sebelumnya, manakala perolehan bagi suku tersebut melonjak kepada RM104.76 juta daripada RM68.32 juta dari tahun ke tahun.
Peningkatan ketara dalam pendapatan kasar berpunca daripada sumbangan suku penuh berikutan pengambilalihan Queensbay Mall baru-baru ini, yang telah selesai pada 21 Mac 2023.
Kebanyakan pusat beli-belah melaporkan lonjakan dalam pendapatan kasar hasil daripada kadar kepenghunian yang lebih tinggi berbanding setahun lalu, katanya lagi.
Portfolio CLMT terus menunjukkan daya tahan dengan kepenghunian yang mantap sebanyak 88.0 peratus serta pengalihan sewa yang positif sebanyak 4.7 peratus.
Jualan penyewa bagi setiap kaki persegi menjelang suku kedua 2023 juga menokok 4.8 peratus dari tahun ke tahun, manakala trafik pembeli di kedai yang sama bertambah sebanyak 25.8 peratus dari tahun ke tahun.
"Daripada segi portfolio, baru-baru ini kami telah mengumumkan pengambilalihan gudang logistik pegangan bebas yang terletak di Taman Perindustrian Hicom-Glenmarie di Shah Alam pada suku tersebut.
"Pengambilalihan itu dijangka selesai pada separuh kedua 2023," katanya.
Selepas selesai, CLMT akan memulakan langkah tukar berdasarkan kesesuaian bagi mengubah gudang logistik itu menjadi pusat pengedaran dengan kawalan suhu dan hartanah itu akan disewakan kepada peruncit fesyen selama 10 tahun.
"Sumbangan masa depan daripada pengambilalihan ini dijangka menyumbang kepada prestasi kewangan CLMT yang stabil," katanya.
Ditanya sama ada terdapat pengambilalihan yang lebih terancang untuk baki tahun ini, Tan berkata terdapat beberapa projek yang sedang diteliti CLMT tetapi tidak mengulas lanjut.
"Kami telah melaksanakan dua pengambilalihan dan kami telah mengumumkan yang ketiga. Kami juga mahu memastikan bahawa kami menyerap pengambilalihan ini dengan baik dan memastikan bahawa syarikat mencapai hasil yang diharapkan sebelum kami memulakan urus niaga yang lebih signifikan," katanya.
Tan berkata pengambilalihan masa depan akan memberi tumpuan kepada aset logistik dan perindustrian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023

Selepas selesai pengambilalihan, CLMT akan memulakan langkah tukar berdasarkan kesesuaian bagi mengubah gudang logistik itu menjadi pusat pengedaran dengan kawalan suhu.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).

Perbelanjaan pengguna kekal dalam momentum menaik tahun ini - CMRM
Tan berkata, perbelanjaan pengguna mengekalkan trajektori naik pada separuh pertama tahun ini berbanding tahun lepas.

COVID-19: Kerugian ditanggung industri restoran AS dijangka lebih AS$240 bilion
Restoran di Amerika Syarikat (AS) mahu lebih banyak bantuan diberikan kepada mereka yang berada dalam sektor tersebut.