KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia secara asasnya kekal berdaya tahan yang sebahagian besarnya didorong oleh perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi, dan peningkatan hasil daripada industri pelancongan dan pengembaraan walaupun terdapat kebimbangan mengenai kenaikan kos sara hidup dan ringgit yang semakin lemah.
Penunjuk positif ini telah meningkatkan keyakinan bahawa ekonomi boleh berkembang sebanyak 5.0 peratus yang boleh dibanggakan pada 2024 dan tumbuh dengan lebih pesat pada tahun-tahun akan datang.
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan unjurannya untuk ekonomi berkembang di antara 4.0 dan 5.0 peratus tahun ini, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam S1 2024.
Susulan itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid melahirkan keyakinan bahawa pertumbuhan ekonomi boleh menghampiri 5.0 peratus tahun ini walaupun terdapat kebimbangan mengenai kos sara hidup yang lebih tinggi dan ringgit yang lebih lemah.
Beliau memetik Indeks Sentimen Pengguna (CSI) kekal di bawah 100 mata untuk lima suku berturut-turut sejak S1 2023, dengan angka terkini pada 87.1 mata pada S1 2024, turun daripada 89.4 mata pada suku keempat tahun lalu.
"Bagaimanapun, perbelanjaan bercanggah dengan trend dan meningkat. Perbelanjaan pengguna berkembang 4.7 peratus pada S1 2024 (S4 2023: 4.2 peratus). Ekonomi sepatutnya boleh berkembang dengan lebih sihat untuk baki 2024," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga mengaitkan pertumbuhan ekonomi dengan pengenalan Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan pemegang akaun mengeluarkan sehingga 10 peratus daripada wang mereka.
Beliau berpendapat, pengeluaran KWSP akan meningkatkan kuasa perbelanjaan pada separuh kedua 2024.
"Persepsi bahawa pengeluaran Akaun 3 KWSP memberi kesan yang minimum ke atas perbelanjaan adalah tidak tepat.
"Walaupun ia mungkin lebih kecil daripada pengeluaran sebanyak empat kali pada era pandemik berjumlah RM145 bilion, namun 10 peratus ini boleh diterjemahkan kepada di antara RM20 bilion dan RM30 bilion," katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata, firma itu mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama dan optimistik terhadap ekonomi negara sejak November tahun lepas.
"Pemulihan ekonomi negara berada di landasan yang betul, didorong oleh ekonominya yang berorientasikan perdagangan.
"Pemulihan ini disokong oleh kejatuhan pada paras yang paling rendah dan lantunan semula kitaran elektronik bersama dengan pertumbuhan berterusan dalam pengembaraan dan pelancongan," katanya.
Beliau menekankan bahawa eksport, khususnya dalam elektronik dijangka pulih sederhana pada 2024 selepas mengharungi 2023 yang mencabar disebabkan penurunan dalam aktiviti pembuatan dan penghantaran.
"Pemulihan ini dijangka daripada faedah yang diperoleh dalam peningkatan jualan elektronik global, yang diselaraskan selepas stok inventori dihabiskan pada 2023, dibantu oleh kesan asas yang menggalakkan," tambahnya.
Sementara itu, mengenai kadar dasar semalaman (OPR), Mohd Afzanizam berpendapat, BNM berusaha untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi yang menyokong sambil menguruskan risiko inflasi yang lebih tinggi.
"BNM dalam mesejnya adalah jelas bahawa risiko kepada inflasi semakin meningkat, terutamanya disebabkan oleh perubahan dasar seperti subsidi bahan api dan kos input yang lebih tinggi disebabkan oleh kadar pertukaran. Oleh itu, kemungkinan OPR yang lebih tinggi tidak boleh diketepikan.
"Ia akan sangat bergantung kepada data, terutamanya mengenai cara perbelanjaan pengguna walaupun menghadapi cabaran kos sara hidup yang lebih tinggi," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Ekonomi Malaysia secara asasnya kekal berdaya tahan yang sebahagian besarnya didorong oleh perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi, dan peningkatan hasil daripada industri pelancongan dan pengembaraan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.