KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada 25-26 Julai ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah di negara maju itu.
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.22 mata kepada 1,413.30 daripada 1,413.52 pada Jumaat lepas.
Indeks pemacu pasaran itu dibuka susut 0.84 mata kepada 1,412.68.
Selain itu, pasaran secara meluas turut negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 132 berbanding 142 manakala 271 kaunter tidak berubah; 1,748 tidak diniagakan dan 16 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 203.29 juta unit bernilai RM58.93 juta.
Sementara itu, bercakap kepada Bernama, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa dijangka menyaksikan dagangan kurang memberangsangkan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS serta jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
Beliau berkata pada masa sama, saham-saham perladangan kekal sebagai pilihan pelabur susulan pengukuhan harga minyak sawit mentah yang meningkat kepada lebih RM4,000 satu tan.
"Pada hari ini, kami kekal yakin namun berhati-hati bahawa aktiviti memburu dan membeli saham-saham mewah akan berterusan, sekali gus menjangkakan indeks utama bursa bergerak dalam julat 1,410-1,420 dengan minat terus disandarkan ke atas saham berkaitan syarikat telekomunikasi.
"Adalah diharapkan kemasukan semula dana asing akan memberi pulangan kepada peruncit yang sebelum ini mengalami prestasi sebaliknya," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik satu sen kepada RM8.79, Tenaga Nasional menokok empat sen kepada RM9.15, Petronas Chemicals menambah tiga sen kepada RM6.53 manakala Public Bank tidak berubah pada RM3.98 dan CIMB merosot tiga sen kepada RM5.27.
Bagi saham aktif, Classita Holdings dan AHB Holdings naik setengah sen kepada 17 sen dan 15 sen, Jentayu Sustainable meraih lapan sen kepada RM1.07, Kumpulan Jetson turun dua sen kepada 21.5 sen manakala Advance Synergy turun setengah sen kepada 16.5 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas meningkat 3.03 mata kepada 10,451.82, Indeks FBMT 100 naik 2.29 mata pada 10,133.65, Indeks FBM 70 menambah 19.44 mata kepada 13,895.73, Indeks FBM Emas Shariah menokok 8.31 mata kepada 10,755.27 manakala Indeks FBM ACE susut 4.37 mata kepada 5,325.22.
Bagi sektor pula, Indeks Tenaga menambah 1.65 mata kepada 819.37, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.07 mata kepada 162.93, Indeks Perkhidmatan Kewangan sebaliknya susut 10.31 mata kepada 15,718.19 dan Indeks Perladangan turun 2.59 mata kepada 7,085.00.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.22 mata kepada 1,413.30 daripada 1,413.52 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.