KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai peranan penting dalam menggubal dasar yang jelas dan bersepadu bagi menarik serta mengekalkan pelabur di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan libat urus bersama industri juga perlu diterapkan agar dasar dan inisiatif yang diwujudkan selari dengan keperluan semasa serta masa akan datang.
Perkara tersebut antara yang dikongsikan beliau ketika kunjungan hormat Naib Presiden Dasar Global, Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), Mary Thornton dan delegasinya hari ini.
"Dalam pertemuan ini, ahli-ahli SIA mengambil kesempatan memaklumkan kepada saya mengenai perancangan industri serta cadangan-cadangan dalam memperkukuh tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terutamanya pada peringkat rantaian yang bernilai tinggi.
Antara lain saya terangkan pendekatan penting kerajaan yang menggalakkan sektor swasta menerajui pusat-pusat kemahiran sebagai langkah mengatasi isu ketidaksepadanan tenaga kerja baharu dengan keperluan industri," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.
Selain itu, Anwar juga memaklumkan, mereka sependapat bahawa ekosistem perusahaan kecil dan sederhana yang menyumbang kepada rantaian pengeluaran syarikat-syarikat utama dunia perlu sentiasa diberi penekanan dan sokongan.
SIA telah menjadi suara industri semikonduktor Amerika Syarikat selama lebih dari empat dekad selain ahli SIA mewakili lebih daripada 99 peratus industri semikonduktor Amerika Syarikat dari segi pendapatan dan hampir dua pertiga daripada firma cip bukan Amerika Syarikat. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Dasar Global, Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), Mary Thornton dan delegasinya pada Selasa. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.
Sidang Kemuncak G20: PM Anwar ‘jentik’ negara kaya, kritik ‘dasar yang tersasar’
Anwar kritik -dasar tersasar- negara kaya yang memperuntukkan dana besar untuk senjata dan peperangan, berbanding memenuhi keperluan asas manusia.
PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia ambil bahagian Sidang Kemuncak G20 selepas 9 tahun
Kehadiran PM Anwar atas kapasiti negara jemputan disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva selaku tuan rumah.
Kerajaan komited laksana dasar, polisi menguntungkan rakyat - PM
Kerajaan MADANI tidak akan berkompromi dalam isu rasuah termasuk memberi peluang kepada mana-mana pihak merobek kekayaan rakyat.
Perkukuh hubungan bilateral melalui kerjasama penyelidikan dan pendidikan - PM
Kebergantungan kepada negara atau universiti terkemuka tertentu untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi semakin tidak relevan.
Anwar gesa kerjasama pelbagai pihak agar tiada keciciran dalam era kemajuan digital pesat
Malaysia komited dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025, kata Perdana Menteri.
PM Anwar serah 50 naskhah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru
Serahan kitab suci itu dibuat semasa pertemuan PM Anwar bersama anggota persatuan itu yang diketuai oleh Presidennya, Murad Hamida.
Pendemokrasian pendidikan kunci atasi cabaran, gangguan AI - PM
Cabaran yang dihadapi akibat revolusi teknologi ini tidak jauh berbeza daripada yang dialami semasa Revolusi Perindustrian.