KUALA LUMPUR: Penguncupan yang lebih perlahan dalam Indeks Pelopor (IP) Malaysia, yang jatuh sebanyak -0.3 peratus dari tahun ke tahun (y-o-y) pada September 2023 berbanding -0.5 peratus pada Ogos 2023, menunjukkan prospek pertumbuhan Malaysia bertambah baik, kata MIDF Research.
IP pada waktu ini adalah kejatuhan paling perlahan dalam tempoh tujuh bulan setelah mengalami penguncupan, kata MIDF Research dalam nota penyelidikannya pada Jumaat.
MIDF Research menjangkakan prospek pertumbuhan akan bertambah baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2023 (S4 2023).
"Meskipun mencatat momentum sederhana yang berterusan disebabkan oleh perdagangan luar yang lemah, pertumbuhan berterusan dalam Indeks Serentak (IS) juga menandakan pertumbuhan ekonomi negara kekal positif, seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang mampan pada suku ketiga (S3) 2023," kata firma itu.
MIDF Research berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat sedikit kepada 3.3 peratus pada S3 2023, (S2 2023: 2.9 peratus tahun ke tahun), iaitu sama dengan anggaran awal.
Tambahnya pertumbuhan sederhana di bawah -4 peratus mencerminkan kelembapan berterusan disebabkan permintaan luar yang lemah, manakala pertumbuhan yang mampan disandarkan oleh peningkatan berterusan permintaan dalam negeri, hasil daripada aktiviti perbelanjaan yang semakin meningkat berikutan keadaan pasaran pekerjaan yang positif.
Mengenai kadar inflasi teras, MIDF Research berkata angka itu menghampiri paras terendah dalam tempoh tiga tahun, dengan kadar inflasi teras pada 1.8 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2023, terendah sejak Mac 2021.
"Kadar inflasi berada di bawah konsensus pasaran sebanyak 1.9 peratus dari tahun ke tahun. Kadar inflasi bukan makanan kekal pada 0.9 peratus dari tahun ke tahun manakala kadar inflasi makanan menyederhana kepada paras terendah hampir dua tahun pada 3.6 peratus dari tahun ke tahun.
"Tekanan inflasi yang semakin lemah, antara lain disebabkan oleh kesan asas yang tinggi dan harga komoditi global yang kembali normal," katanya.
MIDF juga mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang pada 4.2 peratus tahun ini, menyederhana daripada pengembangan 8.7 peratus pada 2022.
"Walaupun terkesan daripada permintaan luar yang lemah, pertumbuhan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan aktiviti pelaburan akan menyokong pertumbuhan yang mampan pada tahun ini," tambahnya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

IP pada waktu ini adalah kejatuhan paling perlahan dalam tempoh tujuh bulan setelah mengalami penguncupan.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).

MIDF unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.6 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di samping pengembangan berterusan dalam perdagangan luar.

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM1.5 bilion minggu lalu, tertinggi sejak Mac 2016
Pelabur asing menjadi pembeli bersih ekuiti di Malaysia bernilai RM1.50 bilion untuk minggu ketiga berturut-turut.

Pelabur asing tingkatkan belian ekuiti domestik bernilai RM1.4 bilion minggu lepas - MIDF
MIDF berkata terdapat penjualan ekuiti domestik bernilai RM1.6 juta pada Jumaat minggu lepas selepas pembelian bersih selama empat hari berturut-turut.

MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.

Pelabur asing beli bersih ekuiti domestik RM478.2 juta minggu lepas
Majoriti belian bersih itu dicatat pada Khamis dengan nilai RM389.2 juta apabila MPC BNM memutuskan OPR kekal pada 3 peratus.

Pelabur asing rekod belian ekuiti domestik bernilai RM10.2 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing merekodkan belian ekuiti domestik di Bursa Malaysia berjumlah RM10.2 juta minggu lepas.

MIDF peruntuk RM60 juta menerusi skim 2CF
Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) memperuntukkan sebanyak RM60 juta menerusi skim Pembiayaan Peluang Kedua (2CF) yang dilancarkan pada 16 Jun lalu.

Malaysia akan perkenal penukaran tenaga, dorong eksport tenaga RE - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkenalkan Penukaran Tenaga untuk menyokong eksport tenaga boleh baharu (RE) ke negara-negara jiran, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Untung suku pertama Bursa Malaysia dalam jangkaan - Analisis
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd yang lebih rendah bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 sememangnya berada dalam jangkaan, menurut penganalisis.