KUALA LUMPUR: Kalangan penganalisis mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.0 peratus hingga 4.3 peratus bagi 2023 serta memberi pandangan berbeza mengenai prospek kadar dasar semalaman (OPR) susulan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua 2023 yang lebih perlahan daripada dijangkakan.
Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023, didorong terutamanya oleh permintaan luaran yang lebih perlahan.
Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour optimis bahawa ekonomi negara kekal di landasan tepat bagi mencapai sasaran pertumbuhan 4.0-5.0 peratus tahun ini, disokong oleh pemulihan berterusan pasaran tenaga kerja, pelaksanaan projek dan peningkatan aktiviti pelancongan.
Ahli Ekonomi RHB Bank Bhd Chin Yee Sian dan Penganalisis Penyelidikan Bersekutu Wong Xian Yong dalam nota penyelidikan masing-masing berkata angka KDNK suku kedua yang lebih rendah daripada unjuran konsensus Bloomberg sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun serta unjuran dalaman mereka sebanyak 3.5 peratus tahun ke tahun, adalah seiring dengan pertumbuhan suku berkenaan yang sederhana.
Mereka berpendapat, ini berikutan kelemahan dalam permintaan luaran selain normalisasi perbelanjaan pengguna di peringkat domestik.
Berikutan perkembangan itu, mereka menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK 2023 kepada 4.3 peratus daripada 5.0 peratus tahun ke tahun sebelum ini kerana menjangkakan perbelanjaan pengguna yang terus menyederhana dalam suku ketiga 2023.
"Penguncupan data eskport bagi asas tahun ke tahun berkemungkinan besar akan turut berlanjutan ke dalam suku ketiga 2023," kata mereka.
Mengulas prospek OPR, Chin dan Wong mengunjurkan bahawa BNM akan mengekalkan kadar tersebut pada 3.00 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) September ini berikutan momentum ekonomi yang menyederhana.
"Kami mengunjurkan kemuncak OPR pada 3.25 peratus dengan imbangan risiko lebih menjuruskan kepada tiga peratus," kata mereka.
Sementara itu, MIDF Research pula mengekalkan unjuran KDNK 2023 pada 4.2 peratus tahun ke tahun dan menjangkakan permintaan domestik yang kukuh menjadi pemacu utama pertumbuhan tersebut.
"Berdasarkan peningkatan perbelanjaan domestik yang berterusan, kami berpendapat bahawa pertumbuhan tersebut dapat dikekalkan pada separuh kedua 2023 susulan keadaan pasaran tenaga kerja yang positif, peningkatan pertumbuhan pendapatan serta dasar-dasar ekonomi yang akomodatif," katanya.
Selain itu, katanya, pemulihan sektor pelancongan dan perbelanjaan pelancong akan turut menyokong pertumbuhan dalam dagangan runcit dan sektor berkaitan pengguna seperti makanan dan minuman, hotel serta penginapan.
Dalam pada itu, AmBank Group dalam unjurannya, menyemak KDNK 2023 kepada 4.0 peratus daripada 4.5 peratus sebelum ini susulan jangkaan aktiviti dagangan lebih perlahan bagi tempoh berbaki tahun ini serta mengambil kira sentimen pesimis terhadap prospek ekonomi global akibat kenaikan kadar faedah.
Menyentuh OPR, ia percaya bahawa kadar itu akan kekal pada 3.00 peratus tahun ini berikutan penurunan inflasi yang ketara serta keperluan bagi menyokong permintaan domestik susulan ketidaktentuan luaran.
Bagi prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kumpulan berkenaan menyemak semula unjuran akhir tahun kepada 4.50 berbanding 4.40 sebelum ini, didorong oleh perubahan dalam unjuran pertumbuhan KDNK 2023 serta naratif "meningkat bagi tempoh lebih lama" berikutan aliran kenaikan dolar AS yang mendadak, baru-baru ini.
Unjuran terhadap perbandingan ringgit-dolar AS itu juga sebagai reaksi terhadap perkembangan makro di China yang berkemungkinan besar memberi kesan terhadap sentimen ke atas mata wang pasaran sedang pesat membangun.
Pada Jumaat, ringgit mengakhiri urus niaga pada paras 4.6465/6510 daripada dolar AS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023
Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua.- Gambar fail
Dialog Tiga Penjuru: Cuaca buruk…musibah tak terduga!
Amaran cuaca buruk (hujan lebat, ribut petir dan angin kencang) di beberapa kawasan, apa persediaan kita perlu lakukan untuk elak risiko impak bencana dan situasi luar jangka? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
COP29: Menanti titik temu muktamad mekanisme pembiayaan dana iklim
Dzulfitri Yusop bawakan perkembangan terkini dari Persidangan COP29. Berbaki sehari sebelum melabuhkan tirai, masih belum ada titik temu persetujuan muktamadkan mekanisme pembiayaan dana iklim.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Netflix didakwa tidak bersedia untuk khalayak yang ramai dan gagal menyampaikan perkhidmatan yang dijanjikan.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Penduduk hasilkan sendiri beras
Susulan berlakunya beberapa isu kekurangan bekalan beras, ada dalam kalangan penduduk di Kampung Alor Berala, Pendang, Kedah mengambil inisiatif menghasilkan beras sendiri daripada mesin yang dibeli.
Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga - Noraini
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi, komitmen kerjaya serta keinginan untuk memiliki kebebasan peribadi.
AWANI Ringkas: RUU pekerja gig | Kerjasama Malaysia-Vietnam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
MyCEB kembali ke IBTM World Barcelona 19-21 November
MyCEB memaklumkan acara itu mengetengahkan tawaran dinamik Malaysia sebagai destinasi utama perniagaan di Asia.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4680/4780 berbanding dolar AS daripada 4.4715/4780 pada Jumaat lepas.
KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Gabenor BNM
Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan.
KDNK suku kedua dijangka lebih baik, hasil positif ekonomi MADANI - Ahli ekonomi
Prestasi paling penting ialah peningkatan perbelanjaan isi rumah, disebabkan oleh keyakinan isi rumah yang semakin baik.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.
MIDF Research: KDNK Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2024
MIDF Research mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia mengukuh kepada 4.7 peratus tahun ini, dengan mengambil kira pemulihan perdagangan luar.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
IMF: KDNK Malaysia dijangka meningkat 4.3 peratus pada 2024
KDNK sebenar Malaysia dijangka berkembang 4.3 peratus pada 2024, meningkat daripada pertumbuhan 4.0 peratus yang diunjurkan untuk 2023.
Kerugian sumbangan KDNK RM346 juta pada 2040 jika dasar GEG dilaksana - Oxford Economics
Dasar Generasi Penamat (GEG) dijangka mengakibatkan kerugian sehingga RM346 juta kepada KDNK negara menjelang 2040 sekiranya dilaksanakan.
Unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 4.0 peratus munasabah - Penyelidikan
Moody's Analytics berpandangan unjuran pertumbuhan empat peratus bagi Malaysia untuk tahun ini adalah munasabah bagi negara-negara di rantau ini.
Penganalisis unjur KDNK 2023 tumbuh pada 4.0-4.3 peratus
Penganalisis mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.0 peratus hingga 4.3 peratus bagi 2023.