Peruntukan untuk pembangunan di kawasan luar bandar akan dapat ditambah lagi untuk manfaat penduduk apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini Isnin.
Katanya melalui pelaksanaan GST, kerajaan akan dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan yang seterusnya akan disalurkan untuk tujuan pembangunan negara khususnya di kawasan luar bandar.
"Bila hasil kita bertambah, sebahagian besar daripadanya akan digunakan untuk membuat jalan raya luar bandar, sekolah, hospital dan klinik kesihatan," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Gawai Dayak di Long Silat, sebuah perkampungan masyarakat Kenyah di sini.
Perdana menteri menegaskan bahawa masyarakat luar bandar tidak perlu bimbang dengan dakyah pembangkang yang cuba menghasut mereka untuk menentang pelaksanaan GST.
"Saya memberi jaminan di sini bahawa barang keperluan harian rakyat adalah dikecualikan daripada GST," katanya.
Najib berkata penduduk di kawasan luar bandar seperti di daerah Baram selama ini menunjukkan kesetiaan dan keikhlasan mereka menyokong kerajaan Barisan Nasional dan mereka wajar terus dibela.
Ekoran sokongan padu ini, kerajaan telah dapat menjalankan program-program pembangunannya di daerah ini dan memanfaatkan penduduk secara berperingkat.
"Saya yakin dengan adanya tanda-tanda pemulihan (pembangunan) yang berlaku sekarang di sini, kita akan dapat menyelesaikan perkara-perkara yang menjadi masalah kepada rakyat," katanya.
Perdana menteri berkata kerajaan pusat meluluskan peruntukan berjumlah RM300 juta untuk membaiki jalan-jalan balak yang sudah usang di Baram untuk dijadikan jalan perhubungan rakyat kawasan ini, dan RM64 juta daripadanya sudahpun dibelanjakan.
"Sejumlah RM263 juta akan dibelanjakan sehingga 2016 dan kalau hasil (kerajaan) bertambah, saya boleh menambah lagi peruntukan ini dalam masa yang terdekat," katanya.
Dalam pada itu, Najib turut meluluskan peruntukan berjumlah RM26.6 juta untuk penyambungan bekalan elektrik dari stesen hidro mini di Long Banga di sini ke kampung-kampung di sekitarnya.
Katanya projek hidro mini yang sudah siap sejak dilaksanakan tiga tahun lepas mampu menjana 330 kilowatt tenaga namun sehingga kini hanya 27 peratus kapasitinya digunakan.
"Saya meluluskan peruntukan ini supaya lebih banyak lagi kampung-kampung di sekitar Long Banga dapat menikmati bekalan elektrik," katanya.
Ketibaan perdana menteri ke petempatan kaum Kenyah yang terpencil itu disambut dengan penuh adat-istiadat kaum itu. Beliau diarak di atas sebuah perahu tradisional yang ditarik oleh masyarakat setempat.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan beberapa orang menteri kabinet persekutuan dan negeri ialah antara kira-kira 3,000 orang yang turut hadir dalam majlis itu.
Bernama
Mon Jun 02 2014
Penduduk luar bandar bakal nikmati tambahan peruntukan melalui GST - Najib
Empat lelaki larikan barang kemas pelanggan kedai
Tiga pelanggan sebuah kedai menjual barangan perkahwinan dan menjahit kerugian kira-kira RM22,000 selepas barang kemas mereka disamun, semalam.
Program Kembara Merdeka platform semarak semangat patriotisme - Rubiah
Program Kembara Merdeka yang diadakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2024 menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara.
10 Berita Pilihan - (19 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok
Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.
PETRA serah tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu bernilai RM141.27 juta.
SUKMA 2024: Jonah pecah rekod temasya walau sakit bahu
Atlet meningkat naik dari Sarawak Jonah Chang Rigan melakukan lontaran sejauh 17.66 meter (m) untuk meraih pingat emas acara lontar peluru lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
AWANI Ringkas: Pembelaan Najib kemuka hujah setebal 2,500 muka surat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th August 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera's economy
- World Humanitarian Day: Putting an end to unjust killing in Gaza
#AWANIEnglish #AWANINews
- Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera's economy
- World Humanitarian Day: Putting an end to unjust killing in Gaza
#AWANIEnglish #AWANINews
7 termasuk suami isteri ditahan, dadah lebih RM10 juta dirampas
Polis menahan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini pada 12 Ogos lepas.
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.
Kutipan hasil cukai berkurangan selepas SST dilaksanakan semula ganti GST - MoF
Kutipan hasil cukai berasaskan penggunaan telah berkurangan selepas SST dilaksanakan semula bagi menggantikan GST.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan ambil kira kesan terhadap rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.
Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.
Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini
Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand kerana kedua-duanya menggunakan sistem GST termasuk VAT.
Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu.
Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri
Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus disifatkan sebagai langkah kurang tepat.