KUALA LUMPUR: RHB Research yakin bahawa kerajaan baharu mewakili segenap lapisan masyarakat, justeru pendekatan yang lebih sederhana akan mengurangkan risiko pengawalseliaan.
Firma penyelidikan itu dalam strategi pasaran bertajuk 15th General Election (GE15): A Brave New World berkata kerajaan mempunyai tumpuan utama termasuk menubuhkan kabinet yang hebat untuk meraih keyakinan dan kepercayaan daripada komuniti perniagaan serta memenangi hati pelabur asing dan tempatan, menyegerakan pembentangan semula Bajet 2023 dan keutamaan ekonomi kerajaan.
"Meskipun kita tidak boleh mengelakkan risiko untuk kerajaan mengekalkan kecenderungan meneruskan langkah populis, kepimpinan baharu ini perlu memahami bahawa beberapa keputusan yang sukar perlu dipertimbangkan demi kepentingan negara dalam jangka panjang.
"Kami juga percaya kepimpinan Pakatan Harapan (PH) telah menerima iktibar daripada pemerintahan mereka selama 22 bulan di Putrajaya pada 2018 dan akan mengelakkan daripada melakukan kesilapan serupa," katanya.
RHB Research turut menekankan kepada keperluan untuk melaksanakan pembaharuan fiskal dan ekonomi, inisiatif rasionalisasi subsidi, dan pendekatan untuk menyatukan negara akibat perpecahan politik yang amat mendalam selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagi Bursa Malaysia pula, ia menjangkakan kenaikan akan berterusan dengan perubahan sentimen dalam kalangan pelabur.
Katanya ini berlaku disebabkan harapan yang tinggi bahawa langkah mengetatkan dasar monetari akan mula reda berikutan pasaran menumpukan kepada pendekatan yang lebih pragmatik oleh kerajaan China untuk membendung penularan COVID-19.
"Bagaimanapun, dalam masa terdekat ini, kami menasihatkan pelabur agar tidak terlalu teruja. Kerajaan perpaduan baharu perlu membuktikan keupayaan mereka untuk bekerjasama sebagai satu pasukan, situasi yang tidak dijangkakan pada minggu lepas.
"Kami berpendapat bahawa pembaharuan fiskal dan polisi akan menjadi cabaran getir. Kehadiran blok Borneo dalam pentadbiran baharu ini akan memberi impak positif terhadap program-program infrastruktur di Malaysia Timur," katanya.
RHB Research berkata FBM KLCI sewajarnya mengakhiri bulan ini melebihi paras 1,500 untuk mendapat sokongan yang kukuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022

Bursa Malaysia pula berpendapat, kehadiran blok Borneo dalam pentadbiran baharu ini akan memberi impak positif terhadap program-program infrastruktur di Malaysia Timur. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.

RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju

Momentum perdagangan Malaysia dijangka bertambah baik pada awal separuh kedua - RHB Research
Momentum perdagangan Malaysia dijangka menunjukkan tanda-tanda peningkatan pada awal separuh kedua tahun ini berdasarkan pemulihan ekonomi global, kata RHB Research.

Pendekatan sederhana kerajaan baharu kurangkan risiko kawal selia - RHB
RHB Research turut menekankan kepada keperluan untuk melaksanakan pembaharuan fiskal dan ekonomi serta inisiatif rasionalisasi subsidi.

Pertumbuhan global yang lembap boleh jejas prestasi perdagangan Malaysia separuh kedua 2022
RHB Research kekal berhati-hati terhadap risiko daripada kelembapan ekonomi global terhadap prestasi perdagangan Malaysia pada separuh kedua (H2) 2022.

Empat telco utama belum pasti sertai 5G - Penganalisis industri
Lebih dua bulan sudah berlalu sejak kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan model rangkaian borong tunggal (SWN).

Eksport Malaysia berkembang dalam separuh pertama 2021
Malaysia dijangka meneruskan pertumbuhan eksport yang cemerlang pada separuh pertama 2021, kata firma penyelidikan.

MAHB dijangka catat pendapatan kukuh bagi tahun kewangan 2020 - RHB
RHB Research menjangka MAHB mencatatkan pertumbuhan pendapatan kukuh 13 peratus dalam tahun kewangan 2020, disokong oleh anggaran peningkatan lima peratus dalam kuantiti penumpang.

KDNK sebenar Malaysia diunjur 5.0 peratus pada 2018-2019
Aktiviti ekonomi global yang lebih perlahan juga berkemungkinan besar turut memberi kesan terhadap permintaan eksport Malaysia.

BNM dijangka kekalkan OPR bagi tempoh berbaki 2017 - RHB Research
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalamannya (OPR) pada tiga peratus bagi tempoh berbaki 2017, kata RHB Research.