KUALA LUMPUR: RHB Research berkata, peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi, penjimatan daripada rasionalisasi perbelanjaan mengurus (OE) serta pertambahan dalam pinjaman kerajaan.
Firma penyelidikan itu melalui satu nota pada Jumaat berkata, memandangkan sejumlah besar bahagian OE dikhususkan untuk emolumen, rasionalisasi perbelanjaan subsidi termasuk pelaksanaan langkah cukai baharu adalah perlu bagi mengimbangi lonjakan kos operasi dan pengurusan hutang negara.
Imbuhan penjawat awam akan dinaikkan sekurang-kurangnya 13 peratus, berkuat kuasa 1 Dis 2024.
Kenaikan gaji itu diunjurkan menelan belanja lebih RM10 bilion setahun.
"Dengan mengandaikan bahawa peruntukan untuk emolumen dinaikkan sebanyak RM10 bilion menjelang 2025, jumlah peruntukan untuk emolumen bagi tahun itu dijangka sekurang-kurangnya RM105.6 bilion berbanding RM95.6 bilion yang diunjurkan untuk 2024," katanya.
RHB Research berkata, terdapat potensi kekurangan kira-kira RM4 bilion selepas mengambil kira potensi sumber hasil (semakan dalam cukai perkhidmatan, cukai barang bernilai rendah (LVGT) dan kutipan cukai barang bernilai tinggi (HVGT)) serta penjimatan daripada rasionalisasi subsidi bahan api.
Berdasarkan perkembangan baru-baru ini, tambahan RM3.2 bilion dijangka akan dipungut daripada hasil cukai perkhidmatan yang lebih tinggi dan pelaksanaan LVGT.
Semakan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus pada 1 Mac 2024, diramalkan menjana pendapatan tambahan sebanyak RM3.0 bilion.
Sementara itu, pelaksanaan LVGT pada 1 Jan 2024, dianggarkan menjana kutipan hasil berjumlah RM0.2 bilion untuk tahun pertama pelaksanaan.
Selain itu, HVGT yang dirancang agar mampu menjana pendapatan tambahan sebanyak RM0.7 bilion setahun jika ia dikuatkuasakan bermula 1 Mel lepas telah ditangguhkan.
RHB Research berkata, penyingkiran sepenuhnya subsidi diesel akan membawa kepada potensi penjimatan sebanyak RM8.95 bilion setahun.
Sementara itu, potensi penjimatan daripada penarikan sepenuhnya subsidi RON95 akan menyumbang kepada penjimatan RM13.7 bilion.
Buat masa ini, tiada keputusan muktamad dibuat mengenai pemotongan subsidi bahan api Malaysia.
- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
![Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680597117_penjawatawam.jpg)
RHB Research berkata, peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi. - Gambar hiasan
![PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720129464_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
![KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720128626_FadhlinaSidek.jpg)
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
![AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720129501_MuhamadAzeem.jpg)
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
![Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51482503138_budaksekolahmotor.jpg)
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
![Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027 Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720094373_Flag.jpg)
Malaysia, Thailand sasar dagangan dua hala cecah AS$30 bilion menjelang 2027
Harapan itu disuarakan susulan berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Thailand (JTC) kali ketiga di Kuala Lumpur, pada Khamis.
![China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720107136_OrganizationSCOs.jpg)
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
![[KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam [KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621675834_awam.jpg)
[KOLUMNIS] Kajian SSPA beri suntikan ‘tonik’ lonjak perkhidmatan awam
Dengan kenaikan kos sara hidup yang kian mencabar, apatah lagi tinggal di bandar, pastinya jumlah RM1,216 sebulan itu tidak mencukupi.
![Lelaki ditahan langgar MPV polis Lelaki ditahan langgar MPV polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719161248_TBAshariAbuSamah.jpg)
Lelaki ditahan langgar MPV polis
Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, semalam.
![Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719461869_TBMahkamahMajistret.jpg)
Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman
Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586.
![Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar
Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719394396_courtgavelmahkam.jpg)
Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO
Seorang pengarah syarikat latihan sistem teknologi maklumat didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menggunakan dokumen palsu berhubung kursus penyelenggaraan portal MyIPO.
![Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706786364_TBLOVESCAM.jpg)
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.
![Penjawat awam Selangor perlu mesra, sedia dengar masalah rakyat - Tengku Amir Shah Penjawat awam Selangor perlu mesra, sedia dengar masalah rakyat - Tengku Amir Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718839640_TengkuAmirShah.jpg)
Penjawat awam Selangor perlu mesra, sedia dengar masalah rakyat - Tengku Amir Shah
Penjawat awam perlu pastikan setiap dasar yang digubal dilaksanakan dengan cekap demi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
![Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690100584_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu
Zuraida mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.
![SPRM tahan reman penjawat awam terima suapan RM65,000 SPRM tahan reman penjawat awam terima suapan RM65,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718453998_sprmbernama.jpg)
SPRM tahan reman penjawat awam terima suapan RM65,000
SPRM Sarawak telah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM65,000 dari sebuah syarikat pembekalan barangan.
![Jangan tanam bibit perpecahan dalam negara - Anwar Jangan tanam bibit perpecahan dalam negara - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718340597_TBAnwarIbrahim.jpg)
Jangan tanam bibit perpecahan dalam negara - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam untuk tidak menggugat prinsip utama perlembagaan negara.