KUALA LUMPUR: Masih tiada jaminan bahawa empat syarikat telekomunikasi utama (telco) iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile akan memeterai perjanjian borong 5G atau memperoleh kepentingan dalam Digital Nasional Bhd (DNB) menjelang tarikh akhir hujung bulan ini.
Penganalisis RHB Research, Jeffrey Tan berkata, telah lebih dua bulan sejak kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan model rangkaian borong tunggal (SWN) dan menerbitkan dokumen akses rujukan menerusi DNB.
"Bahagian utama yang mencetuskan pertikaian adalah berhubung larangan struktur penetapan harga borong (perjanjian selama 10 tahun), keupayaan untuk 'mempengaruhi' langkah membuat keputusan dan justifikasi pelaburan mereka tanpa kepentingan majoriti dalam DNB," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Tan berkata, semasa membentangkan keputusan kewangan suku pertama 2022 baru-baru ini, Axiata berkata ia akan dapat memenuhi tarikh akhir tawaran berkenaan.
"Ia juga tidak pasti jika kerajaan akan mengalah kepada cadangan oleh telco untuk mendapatkan kawalan majoriti DNB, dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia (Tan Sri Annuar Musa) berkata, keputusan berhubung perkara itu masih belum diambil.
"Tiada kata putus mengenai SWN terus menjadi penghalang utama sektor ini, dengan telco Malaysia mencatatkan prestasi terburuk dalam kalangan telco di ASEAN-4 setakat tahun ini," katanya, Berita Harian melaporkan.
Kerajaan, menerusi Kementerian Kewangan pada 16 Mac lalu bersetuju mengekalkan model SWN bagi pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur 5G di negara ini dengan membuka tawaran pemilikan ekuiti sehingga 70 peratus dalam DNB kepada telco.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, semasa mengumumkan perkara itu berkata, dengan struktur pemilikan baharu, kerajaan akan memegang 30 peratus ekuiti dalam DNB.
Beliau berkata, DNB akan dikawal selia oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), selaku kementerian yang bertanggungjawab ke atas industri telekomunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), manakala Kementerian Kewangan akan terus memantau DNB dari segi tadbir urus dan sebagai pemegang saham.
Katanya, mengekalkan model SWN adalah pendirian tegas kerajaan terhadap kesinambungan dasar di Malaysia, malah turut melambangkan model perkongsian awam-swasta Malaysia yang kukuh, serta kemantapan ekosistem pembiayaan sektor swasta, yang semuanya akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara ini.
"Selepas mempertimbangkan beberapa model yang berbeza untuk pelaksanaan rangkaian 5G nasional, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur 5G negara yang berpandukan bekalan dan berdasarkan pemulihan kos melalui SWN.
"Seperti yang diputuskan oleh Jemaah Menteri, kerajaan akan menawarkan sehingga 70 peratus daripada ekuiti DNB kepada pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang komited kepada Perjanjian Akses untuk perkhidmatan borong," kata Tengku Zafrul ketika itu.
Pelaksanaan rangkaian 5G adalah penting bagi Malaysia untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk memacu pertumbuhan ekonomi.
Kelewatan dalam pelaksanaan rangkaian 5G akan menjadikan ekonomi Malaysia kurang berdaya saing berbanding negara serantau yang sudah mempunyai rangkaian 5G. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Jun 13 2022
Masih tiada jaminan empat syarikat telco iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile akan memeterai perjanjian borong 5G atau memperoleh kepentingan dalam DNB menjelang tarikh akhir hujung bulan ini. -Gambar hiasan
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.
Kerajaan MADANI komited pastikan rakyat nikmati Internet berkelajuan tinggi 5G - Fahmi
Setakat ini, 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak.
Transisi kepada penggunaan 5G di Malaysia dijangka matang dalam 10 hingga 15 tahun
Proses transisi kepada penggunaan teknologi 5G di Malaysia dijangka matang sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Maxis rai semangat 'Jiwa Merdeka', fokus perkasa kesalinghubungan
Penyedia telekomunikasi terkemuka negara, Maxis turut terlibat dengan perarakan kontinjen dan filem inspirasi yang mengetengahkan 'Jiwa Merdeka' dengan menampilkan kontinjen serba hijau dan belon unik
TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.
Malaysia sasar tampil sekurang-kurangnya 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G
Perkembangan rangkaian 5G Malaysia cukup pantas, mencapai sehingga lebih 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh dua tahun.
Capaian liputan 5G di Malaysia cecah 85 peratus
Capaian rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah 85 peratus dalam usaha melonjakkan kemajuan negara bagi aspek pendigitalan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Rodzi Md Saad.