Kalangan pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar yang bekerja separuh masa tidak terkecuali daripada mengisytiharkan pendapatan masing-masing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah menegaskan, ini kerana mereka tertakluk untuk dicukai jika memperoleh pendapatan daripada perkhidmatan itu selain sumber pendapatan tetap yang melebihi minimum RM30,000 setahun.
"Pendapatan (Uber dan GrabCar) itu wajib diisytiharkan sebagai pendapatan tambahan dalam Borang B," katanya pada sidang media bersempena sesi minum petang bersama media di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Sabin berkata pelaksanaan aplikasi tempahan Uber dan GrabCar itu secara berkomputer sepenuhnya juga membolehkan agensi cukai itu mendapatkan senarai pemandu serta jumlah pendapatan mereka.
Malah, LHDN juga dapat memperoleh maklumat pendapatan individu itu menerusi pihak bank apabila mereka membuat pembelian hartanah ataupun kenderaan.
Selain itu, Sabin berkata LHDN akan mempertingkatkan usahanya untuk menjalankan siasatan audit dan cukai terhadap syarikat multinasional berikutan ada syarikat berkenaan terbabit dalam perbuatan mengelak cukai.
Atas alasan itu, katanya, LHDN telah menubuhkan Bahagian Perancangan Cukai Agresif yang berkemungkinan membawa kepada kutipan (cukai) kira-kira RM400 juta dari syarikat multinasional.
Menurutnya, pada 2016, LHDN dapat mengutip cukai langsung sebanyak RM114.015 bilion biarpun dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
"Daripada jumlah itu, komponen cukai individu adalah kira-kira 26.45 peratus, cukai korporat (57.75 peratus), cukai petroleum (7.39 peratus) dan selebihnya daripada lain-lain komponen," katanya.
LHDN telah menetapkan sasaran kutipan cukai langsung sebanyak RM127.73 bilion dan akan menumpukan sektor yang memberi sumbangan signifikan kepada keluaran dalam negara kasar seperti sektor pembuatan dan perkhidmatan. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 29 2017
Kalangan pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar yang bekerja separuh masa tidak terkecuali daripada mengisytiharkan pendapatan masing-masing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.