Ringkasan AI
- Rakyat negara ini akan dapat melakukan perbelanjaan secara mudah di Korea Selatan dengan imbasan pembayaran secara QR menggunakan aplikasi Paybooc.
- Usahasama di antara BC Card dan PayNet ini akan merancakkan lagi kaedah pembayaran kedua negara tanpa memerlukan pertukaran mata wang.
- Fasa pertama bermula bulan ini membolehkan rakyat Korea Selatan laksana pembayaran QR di Malaysia menggunakan aplikasi dompet digital BC Card. Pada tempoh mendatang, manfaat yang sama akan diraih rakyat negara setelah penerapan pembayaran menggunakan DuitNow QR dilaksanakan di Korea Selatan.
Usahasama antara BC Card dan PayNet ini sekali gus akan merancakkan lagi kaedah pembayaran kedua negara tanpa memerlukan pertukaran mata wang.
Untuk peringkat awal, fasa pertama bermula bulan ini membolehkan rakyat Korea Selatan laksana pembayaran QR di Malaysia menggunakan aplikasi dompet digital BC Card.
Menerusi kemudahan itu, dimaklumkan sekitar 2 juta kedai tersedia bersama akses tersebut.
Sementara pada tempoh mendatang pula, manfaat yang sama akan diraih rakyat negara setelah penerapan pembayaran menggunakan DuitNow QR dilaksanakan di Korea Selatan kelak.
Adanya kemasukan BC Card ke pasaran negara, ia secara langsung meningkatkan lagi akses transaksi dua hala antara kedua negara.
Lebih menarik ini akan menyokong agenda pelancongan kedua negara secara berperingkat.
Buat pengetahuan umum, setakat 2019 Malaysia telah menerima sejumlah 673,065 pelancong Korea Selatan dan angka tersebut kembali rancak pada 2023 kepada 400,853 pelancong selepas berdepan sekatan kesan krisis COVID-19.
Maka menerusi akses pembayaran ini, ia tidak hanya memanfaatkan struktur perbelanjaan kedua negara bahkan meningkatkan pertumbuhan dalam pelbagai sektor ekonomi. -Amanz