KUALA LUMPUR : Penyedia infrastruktur pembayaran digital runcit Malaysia, Payments Network Malaysia Sdn Bhd atau PayNet bakal menganjurkan Minggu Pembayaran Digital PayNet (PDPW) bermula 24 hingga 29 Mei 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Farhan Ahmad berkata, antara objektif utama penganjuran PDPW adalah untuk mewujudkan ruang jalinan kerjasama pembayaran digital yang lebih luas di seluruh negara.
Minggu yang julung kali diadakan itu bakal menghimpunkan para pemain industri dari kalangan bank konvensional dan digital syarikat permulaan, pengawal selia, usaha niaga sosial, pelabur, futuris dan ahli akademik.
“Kami dapati beberapa megatrend yang sedang berlaku di dalam dan luar negara yang sedang membentuk semula landskap pembayaran digital.
“Namun, masih belum banyak perbincangan mendalam tentang perkara ini, sama ada daripada aspek kesannya kepada kita dan bagaimana kita perlu menangani trend tersebut.
“Perjumpaan ini memberi peluang luar biasa untuk mengumpul para pakar pembayaran digital, pelabur, syarikat pemula dan ahli akademik dari seluruh negara untuk bercakap tentang masa depan pembayaran digital di Malaysia,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Jelasnya, terdapat banyak elemen yang perlu disatukan dalam menentukan hala tuju pembayaran digital di Malaysia.
“Kami bakal menyediakan pelbagai acara untuk menyatukan keseluruhan ekosistem.
“Hari pertama akan menumpukan kepada inovasi pembayaran digital di Malaysia melalui diskusi panel dan kajian kes-kes khusus.
“Hari kedua dan ketiga akan tertumpu kepada megatrend global dan menyerlahkan inovasi teknologi daripada pemain-pemain industri pembayaran digital sedia ada dan syarikat pemula dan merungkai cara mereka memacu perubahan.
“Ia akan diikuti dengan hackathon untuk memperlihatkan bagaimana minda-minda muda boleh menyelesaikan permasaalahan kompleks berkaitan pengurusan risiko dan aliran pembayaran.
“Akhir sekali, kami menyediakan sehari untuk perbincangan dengan para cendikiawan dan ahli akademik tentang cara mewujudkan masyarakat celik kewangan dan STEM ke dalam kurikulum arus perdana,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pengarang dan Pengurus Negara, Fintech News Malaysia, Vincent Fong berkata beliau amat teruja untuk menyertai PDPW lantaran banyak perkara yang boleh dikupas daripada pelbagai sudut pandang.
“Hanya beberapa tahun yang lalu jika anda keluar dengan e-dompet anda mungkin sukar untuk membayar untuk kebanyakan perkara.
“Hari ini tersedia secara meluas, anda malah boleh membeli nasi lemak dan nasi ayam dari gerai penjaja dengan e-dompet.
“Lebih daripada itu, ia juga boleh digunakan di Singapura, Thailand dan Indonesia, dengan lebih banyak negara yang akan menyusul kemudian. Saya rasa banyak perkara ini direalisasikan oleh BNM.
“Itulah sebabnya saya teruja dengan sesi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Farhan Ahmad, untuk benar-benar memahami apa yang telah dan akan dilaksanakan bagi industri pembayaran di Malaysia.
“Malah, saya akan, menyertai panel dengan Grab, bank digital baharu GXS, Maybank, Bank Negara Malaysia dan EY untuk bercakap tentang trend terkini dan juga ke mana arah tuju industri pembayaran,” katanya.
PDPW bakal disertai oleh lebih 1,000 peserta dari seluruh negara termasuk penyertaan antarabangsa.
Pendaftaran telahpun penuh 10 hari sebelum Minggu tersebut berlangsung.
Untuk maklumat lanjut, layari www.paynetweek.com
Astro Awani
Fri May 19 2023
PDPW bakal menghimpunkan para pemain industri dari kalangan bank konvensional dan digital syarikat permulaan, pengawal selia, usaha niaga sosial, pelabur, futuris dan ahli akademik. - Gambar PayNet
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Malaysia masih jauh untuk menjadi masyarakat tanpa tunai - PayNet
Negara ini hanya akan mampu merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.