KUALA LUMPUR: Pakar dari China berharap Malaysia dapat menyiapkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) lebih cepat sekali gus menjadi negara kedua di Asia Tenggara memiliki kereta api laju selepas Indonesia.
Naib Presiden Pusat China dan Globalisasi berpangkalan di China Victor Gao berkata projek ECRL perlu bagi meningkatkan kelajuan tren ECRL daripada 160 kilometer (km) sejam kepada kemungkinan 351km sejam.
"Diharapkan ia (projek ECRL) akan lebih cepat. Ia mungkin 351km sejam berbanding Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) Indonesia iaitu 350km sejam. Malaysia boleh mendapat kelebihan satu jam tambahan," katanya pada sidang media selepas forum perbincangan Concorde Club mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di ASEAN di sini.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai.
Pada 17 Okt lepas, HSR yang menghubungkan Jakarta dan Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat, beroperasi secara rasmi dengan kelajuan reka bentuk maksimum 350km sejam.
Operasi HSR bukan sahaja menandakan negara jiran itu kini memasuki sistem pengangkutan moden, malah juga menunjukkan China dan Indonesia telah melakar pencapaian penting di bawah BRI.
Sementara itu, Pengarah Penyelidikan Jabatan Kerjasama Penyelidikan Renmin University of China Liu Ying percaya bahawa projek ECRL adalah satu lagi BRI yang membolehkan Malaysia meraih pertumbuhan ekonomi lebih besar iaitu kira-kira tiga hingga lima peratus.
"Saya rasa ia boleh menjadikan ekonomi ASEAN lebih berkembang...mungkin ia jalan baharu untuk Asia ke China selain koridor ekonomi China-Indonesia," katanya.
Menurut laman web Malaysia Rail Link, jajaran ECRL sejauh 648 kilometer akan merentasi Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum bersambung dengan Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Ia menyatakan pada kelajuan 160km sejam, penumpang tren ECRL dapat menjimatkan masa perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu-Gombak (ITT-Gombak) kepada kira-kira empat jam.
Pada 19 Sep lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Dewan Rakyat dilaporkan sebagai berkata pembinaan projek ECRL telah mencapai kemajuan 53.9 peratus dan berada pada landasan untuk disiapkan menjelang 2027.
Loke berkata projek ECRL dari Kota Bharu ke Gombak akan siap pada 31 Dis 2026, manakala jajaran Gombak ke Pelabuhan Klang dijangka siap 31 Dis 2027.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Jajaran ECRL sejauh 648 kilometer akan merentasi Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum bersambung dengan Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - Gambar/ Malaysia Rail Link
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Lelaki tikam dua beranak hingga maut direman tujuh hari
Seorang lelaki yang menikam dua beranak sehingga maut dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Ayer Itam direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Pegawai kadet didakwa tekap seterika di tubuh pelatih junior
Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.
[TERKINI] Vivy, Fadza beri keterangan lebih lima jam ke SPRM
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direkod keterangan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lazzarini seru tindakan antarabangsa tarik balik pengharaman UNRWA
Ketua UNRWA memberi amaran bahawa jutaan rakyat Palestin akan terjerumus ke dalam huru-hara jika PBB tidak campur tangan untuk menghentikan undang-undang Israel yang melarang operasi agensi itu.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ini rupanya punca gajah digunakan uji pagar ECRL
Pagar itu bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan tersebut terutamanya semasa dan selepas projek ini disiapkan.
EV jadi kenderaan rasmi pemimpin ASEAN pada 2025 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN ketika menghadiri acara-acara kenegaraan.
Projek ECRL: 21 rumah terlibat banjir di Gombak dipindah, kos ditanggung MRL - Amirudin
Penghuni 21 rumah di Kampung Sungai Chinchin, Gombak yang terlibat dengan kejadian banjir susulan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dipindahkan sementara ke rumah sewa.
Pembinaan ECRL ikut jadual, tahap kemajuan 72 peratus - Anthony
Kemajuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur, telah mencapai 72.93 peratus setakat September.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
Malaysia Rail Link bentuk syarikat operasi dengan CCCC China uruskan ECRL
Syarikat pengendali itu adalah hasil kontrak yang dirundingkan semula bertujuan berkongsi risiko operasi antara MRL dan CCCC.
Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang
ECRL diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.
PM Anwar, PM China Li Qiang rasmi majlis pecah tanah stesen terminal bersepadu ECRL
Majlis pecah tanah itu membuka laluan kepada penyediaan rel ECRL yang melibatkan laluan dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor yang dijangka siap pada Disember 2026.
ECRL jamin pertumbuhan ekonomi lebih segar di negeri Pantai Timur - PM Anwar
Pembinaan ECRL dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang bakal menjamin pertumbuhan ekonomi segar di negeri-negeri Pantai Timur, kata PM Anwar