KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.
"MPC terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.
"MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
"MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil," kata bank pusat itu dalam kenyataan tersebut.
Pada 3 Mei lalu, MPC BNM mengumumkan OPR dinaikkan sebanyak 25 mata kepada 3.00 peratus, kenaikan pertama bagi 2023 selepas penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu dikekalkan pada Januari dan Mac lalu pada paras 2.75 peratus.
Mengulas lanjut, BNM berkata pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat, dengan prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan.
Ini terutamanya disebabkan momentum ekonomi utama yang lebih perlahan, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing serta keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak.
"Susulan pertumbuhan yang kukuh pada suku pertama tahun 2023, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada bulan-bulan kebelakangan ini.
"Keadaan ini berikutan eksport yang terjejas disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan, seperti yang dijangka.
"Pertumbuhan bagi bulan-bulan seterusnya pada tahun 2023 akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.
"Perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri," tambah BNM.
Dalam pada itu, bank pusat itu berkata ekonomi global terus berkembang, didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.
Walau bagaimanapun, ujarnya pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang berlarutan dan kadar faedah yang lebih tinggi.
"Meskipun pembukaan semula China terus menyokong ekonomi global, kadar pemulihannya menjadi perlahan pada bulan-bulan kebelakangan ini.
"Pada peringkat global, inflasi keseluruhan terus menurun, namun inflasi teras masih melebihi purata yang dicatatkan sebelum ini," jelas BNM.
Selain itu, BNM berkata ketibaan pelancong bertambah dengan stabil dan dijangka terus meningkat lantas menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 06 2023
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi - Foto/Fail
Keputusan CEO GISB, isteri cabar penahanan bawah SOSMA 14 Januari
Mahkamah Tinggi Johor Bahru menetapkan 14 Januari depan bagi keputusan bantahan awal permohonan habeas corpus difailkan CEO GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya.
Kesalahan merokok: Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
Menteri Luar, Mohamad Hasan mohon maaf dan akan membayar kompaun atas kesalahan merokok di sebuah restoran seperti yang tular dalam media sosial. #AWANInews
Trump saman akhbar Iowa, firma tinjauan dakwa campur tangan pilihan raya
Donald Trump memfailkan saman terhadap sebuah akhbar di Iowa dan firma tinjauan berhubung ramalan salah yang diterbitkan.
AWANI Ringkas: Kesalahan merokok, Mohamad Hasan mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri
Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.
LBS Bina Group sekali lagi dinobat sebagai syarikat pengurusan terbaik Malaysia
Dalam usaha memperkukuh kedudukan kewangannya, LBS juga menerajui penerbitan Sukuk Wakalah SRI Sosial ASEAN dalam sektor hartanah Malaysia dengan penarafan AA-IS.
Seorang maut, 9 cedera dalam insiden tembakan di Maryland, AS
Tembakan berlaku di sebuah rumah pengebumian. Polis menemukan sebuah kereta terbalik dan terbakar di lokasi kejadian.
Kes gangguan seksual profesor: UM sahkan terima laporan, serah kepada pihak berkuasa
Universiti Malaya (UM) mengesahkan menerima laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di universiti berkenaan.
Perbandaran Rimbawan tawar kehidupan moden dalam kehijauan Genting Highlands
Bandar yang berkeluasan 315 ekar ini turut dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Miyawaki Method untuk meningkatkan biodiversiti dan mempercepatkan proses regenerasi semula jadi.
Selesema burung H5N1: Risiko kepada orang ramai kekal rendah - WHO
WHO memberi jaminan kepada orang ramai bahawa risiko jangkitan manusia daripada selesema burung H5N1 kekal rendah.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah
Bank Negara Malaysia lantik semula Dr Anhar Opir, Dr Marjan Muhammad dan Dr Ahmad Basri Ibrahim sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM arah ITO semak kenaikan caj premium perubatan agar harga lebih wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.