KUALA LUMPUR: Bekalan pekerja asing di ladang kelapa sawit di tengah-tengah bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia ketika ini, kos baja yang tinggi dan impak daripada varian baharu COVID-19, Omicron, adalah tiga faktor yang mungkin menjejaskan pemulihan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) pada 2022, demikian menurut Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).
Bekalan terhad MSM itu, bagaimanapun, sejajar dengan bekalan terhad minyak sayuran di seluruh dunia yang para penganalisis jangkakan untuk melonjakkan harga komoditi lebih tinggi sekurang-kurangnya bagi separuh pertama tahun ini.
Menurut penganalisis kekurangan tenaga kerja dijangka dapat ditampung pada suku pertama 2022 dengan pengeluaran minyak sawit dijangka pulih selepas Jun 2022.
"LMC International menekankan bahawa bekalan minyak sawit global hanya akan menyaksikan pertumbuhan minimum pada tempoh 2019-2022 berikutan bencana banjir pada akhir tahun dan kekurangan tenaga kerja di negara ini," kata majlis itu dalam laporan prospeknya.
CPOPC juga menyatakan dalam webinarnya yang diadakan dua bulan lepas majoriti penceramah menjangkakan harga minyak sawit kekal tinggi dalam tempoh separuh pertama 2022 dan berada dalam aliran rendah pada separuh kedua.
Persatuan Minyak Sawit Indonesia (GAPKI), sebagai contoh, menjangkakan harga minyak sawit kekal di atas paras US$1,000 setan metrik (US$1=RM4.18) dalam separuh pertama 2022 dan berpotensi bagi tempoh berbaki 2022.
LMC International juga melaporkan bahawa Indonesia dan Malaysia sedang berada dalam tempoh fenomena La Nina yang panjang yang mana Oceanic Nino Index (ONI) "lebih negatif berbanding minus 0.5."
Menurutnya, pola keluk ONI sejak 2020 sama seperti pola pada 2010-2011, dengan La Nina melemah dan kemudiannya kembali semula.
"Jika pola pada 2012 diambil kira, La Nina sepatutnya berakhir pada 2022. Peningkatan ONI dikaitkan dengan peningkatan pertumbuhan pengeluaran dan penurunan ONI dikaitkan dengan pertumbuhan perlahan pengeluaran. Ini terutamanya bagi pengeluaran di Indonesia," kata laporan itu.
Kos baja tinggi mengurangkan pengeluaran
Majlis itu berkata kos baja yang tinggi disebabkan gangguan rantaian bekalan, permintaan tinggi, peningkatan muatan, dan kos input akan menyebabkan pekebun kecil mengurangkan penggunaan baja mereka tahun ini, yang berpotensi mengurangkan pengeluaran pada tahun-tahun akan datang.
Menurutnya, baja merupakan satu lagi komponen kos utama selepas kos buruh bagi pengeluar minyak sawit, iaitu kira-kira 30 peratus hingga 35 peratus daripada kos luar kilang.
"Syarikat-syarikat akan terus membajakan pokok kelapa sawit mereka dengan nutrien ini meskipun harga tinggi tetapi mereka mungkin tidak menerima kuantiti yang dipesan berikutan kekangan bekalan dan penyusunan penghantaran yang tidak menentu.
"Penanam kelapa sawit sangat bergantung kepada baja diimport tetapi peladang di Indonesia mempunyai kelebihan kerana pengeluaran urea tempatan mencukupi untuk menampung permintaan domestik.
"Berdasarkan sumber industri, anggaran import baja bagi 2021 adalah 60 peratus hingga 65 peratus daripada keperluan biasa tahunan.
"Memandangkan kekangan logistik tidak dijangka mereda dalam tempoh terdekat ini, 2022 dijangka menyaksikan import baja yang lebih rendah dan pekebun kecil mungkin akan terpaksa sekali lagi mengurangkan penggunaan baja mereka.
"Impak pengurangan penggunaan baja pada 2018 dan 2019 memperlihatkan hasilnya hari ini apabila pemulihan hasil lebih rendah berbanding biasa. Akibatnya, Indonesia dan Malaysia mungkin tidak dapat meningkatkan pertumbuhan pengeluaran mereka pada 2022," kata CPOPC.
Pengeluaran minyak sawit di Indonesia meningkat 6.7 peratus pada suku kedua 2021, peningkatan daripada pertumbuhan 1.5 peratus pada suku pertama, didorong oleh taburan hujan yang lebih baik pada 2020.
Bagaimanapun, pengeluaran pada suku ketiga terjejas sedikit disebabkan banjir di Kalimantan yang mengganggu penuaian kelapa sawit manakala pada suku keempat, GAPKI mengumumkan pengeluaran terus merosot.
GAPKI menyemak semula unjuran pengeluaran minyak sawitnya untuk Indonesia kepada 46.6 juta tan metrik, turun 0.9 peratus daripada 2020.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menganggarkan pada 2021 pengeluaran minyak sawit di negara ini susut kepada 18.3 juta tan metrik daripada 19.2 juta tan metrik pada 2020.
Stok akhir minyak sawit dijangka kekal di bawah paras purata 4.0 juta tan metrik di Indonesia dan 2.1 juta tan metrik di Malaysia.
Indonesia dan Malaysia masing-masing mengeluarkan kira-kira 85 peratus daripada keperluan minyak sawit dunia.
Prospek permintaan
China dan India akan terus menjadi pengimport utama minyak sawit, dua negara yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia.
China adalah pembeli minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas India dan mengimport kira-kira enam hingga tujuh juta tan metrik komoditi tropika itu dari Indonesia dan Malaysia setiap tahun.
"Pada 2022, penggunaan minyak sawit China dijangka meningkat berikutan bekalan minyak biji sesawi dan minyak soya yang lebih rendah. China juga dilihat membeli lebih banyak produk sawit untuk makanan haiwannya.
"Sementara itu, pembelian minyak sawit oleh India berkemungkinan dirangsang oleh pemulihan dalam segmen hotel, restoran dan katering serta penurunan duti import minyak sawit," kata CPOPC.
Import minyak sawit India dianggarkan sebanyak 8.6 juta tan metrik pada 2021 dan 2022.
Eksport ke Kesatuan Eropah (EU) dijangka merosot tahun ini, sebahagiannya disebabkan oleh harga minyak sawit yang tidak menarik untuk pengadunan biodiesel dan pelaksanaan awal langkah tenaga boleh diperbaharui RED II oleh beberapa negara anggota EU, sekali gus mengekang import minyak sawit.
Cadangan undang-undang dan usaha wajar Suruhanjaya Eropah untuk memerlukan bukti bahawa import pertanian tidak dikaitkan dengan penebangan hutan berpotensi menjejaskan sentimen minyak sawit.
Menurut Refinitiv Agricultural Research, permintaan minyak sawit global untuk tahun 2021 dan 2022 diunjurkan sebanyak 50.6 juta tan metrik, meningkat 6.5 peratus berbanding musim sebelumnya sekiranya tiada penurunan permintaan besar-besaran.
"Terdapat lebih banyak penghantaran minyak sawit ke China menjelang Tahun Baharu Cina dan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari 2022.
"Bagaimanapun, kenaikan harga mungkin terbatas pada bulan-bulan akan datang oleh aktiviti menghancurkan (crushing) kacang soya yang lebih tinggi baru-baru ini dalam persekitaran margin penghancuran yang lebih baik, ia akan membawa kepada bekalan minyak kacang soya domestik yang lebih tinggi.
"Selain itu, diskaun minyak sawit dinyahbau luntur bertapis ke atas minyak kacang soya telah mengecil, sekali gus berpotensi melemahkan minat belian pengguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022
Majoriti menjangkakan harga minyak sawit kekal tinggi dalam tempoh separuh pertama 2022 dan berada dalam aliran rendah pada separuh kedua. - Gambar hiasan
Lisa Surihani masih berlakon, pilih naskhah punya nilai keagamaan
Pelakon terkenal Lisa Surihani mengakui sengaja memilih langkah itu untuk bersikap selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya.
Lawatan kerja UAE: Buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Perdana Menteri menyifatkan lawatan pertamanya ke luar negara tahun ini di Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuahkan kejayaan yang sangat bermanfaat untuk rakyat dan negara.
Malaysia perlu belajar daripada UAE pacu AI dan blok rantai
Malaysia disarankan mempercepatkan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai (blockchain) dalam sektor awam, memanfaatkan kejayaan UAE sebagai panduan. Langkah ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan daya saing global. Kerajaan Malaysia diharapkan dapat memanfaatkan pendekatan strategik UAE untuk mengukuhkan transformasi digital negara dan meningkatkan daya saing di peringkat global.
Arm mahu hasilkan cip sendiri untuk tingkat pendapatan
Arm bercadang meningkatkan harga lesen teknologi mereka sehingga 300% untuk meningkatkan pendapatan.
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Peluang dan strategi perkasa PMKS
Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 membawa peluang besar untuk memperkukuh perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) di rantau ini. Diskusi ini mengupas cabaran utama PMKS, strategi serantau, dan tindakan konkrit untuk memastikan pertumbuhan ekonomi inklusif dan mampan.
Trump kutip tarif melalui perkhidmatan hasil luar
Trump berkata bahawa beliau akan mewujudkan Perkhidmatan Hasil Luar untuk mengutip tarif dan hasil lain dari negara asing.
AWANI Ringkas: Pihak berkuasa tangkap Presiden Korea Selatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PBB sediakan laluan bantuan Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang merancang untuk memperluaskan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza jika gencatan senjata dilaksanakan.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Anwar tiba di London, mulakan lawatan kerja lima hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di London, United Kingdom (UK) bagi memulakan lawatan kerja rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, bermula 15 hingga 19 Januari.
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu.
Minyak sawit Malaysia pertingkat industri minyak makan Pakistan - Johari
Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun.
Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.
Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak sawit terbakar dalam kemalangan
Sebuah lori tangki membawa minyak sawit dan dua kenderaan lain terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Pasir Penambang, Kuala Selangor hari ini.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
MPOC jangka cadangan tangguh pelaksanaan EUDR akan diluluskan Parlimen EU
Majlis Minyak Sawit Malaysia jangka Parlimen EU akan luluskan cadangan menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.