KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Berhad (MBSB) melantik Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) MBSB dan syarikat-syarikat subsidiari termasuk MBSB Bank Berhad berkuat kuasa 1 Julai 2022.
Nor Azam mula dilantik sebagai Ketua Perbankan Perniagaan MBSB pada November 2010, menurut MBSB dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Selepas latihan korporat oleh MBSB pada April 2018 apabila entiti itu mengambil alih Asian Finance Bank (AFB) yang kemudiannya dijenamakan semula kepada MBSB Bank, Nor Azam menjalankan peranan sebagai Ketua Pegawai Perniagaan bagi Bank MBSB.
Azam kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (DCEO) berkuat kuasa 1 Januari 2021 dengan perluasan peranan untuk menyelia semua Bahagian dalam Kumpulan MBSB.
Pada 15 Ogos 2021, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB.
Nor Azam adalah graduan perakaunan dari Universiti Wyoming, Amerika Syarikat dan juga memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Charles Sturt University, Australia.
Ketika awal kerjaya dalam industri perbankan, beliau telah memegang pelbagai peranan di bahagian perniagaan dan pernah bekerja dengan bank dan syarikat kewangan selama lebih daripada 26 tahun.
Mengulas mengenai pelantikan Nor Azam, Pengerusi Kumpulan MBSB Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya berbesar hati kerana Azam menerajui Kumpulan dalam pelan hala tuju MBSB untuk menjadi bank Islam progresif yang terbaik dalam negara.
"Pengetahuan dan kepimpinan beliau yang mendalam di MBSB Bank sejak 11 tahun lepas akan menjadi kunci untuk mengukuhkan kehadiran bank,” kata beliau. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jul 01 2022
Nor Azam adalah graduan perakaunan dari Universiti Wyoming, Amerika Syarikat. - DagangNews
Guru pondok, madrasah Pahang terima bantuan khas RM1,000 seorang
Pengagihan bantuan itu bermula Khamis lalu dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini.
Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji semula penetapan harga
Kos biji kopi dijangka terus meningkat pada 2025 disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan.
Penduduk Orang Asli harap projek jalan bersepadu dilaksanakan segera
Komuniti Orang Asli di Gua Musang, termasuk Pos Bihai, Pos Balar, dan Pos Belatim, memohon projek jalan ditingkatkan bagi memudahkan akses harian selepas musim tengkujuh.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Dis tahun lalu akan dimulakan pada pukul 9 pagi di hadapan panel tiga hakim.
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL
Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.
Kemelut kewangan Barcelona buat masa depan Dani Olmo tersepit
Pemain itu menyertai kelab itu dari RB Leipzig dalam perjanjian bernilai AS$60 juta (RM270j) pada musim panas lalu.
Kelincahan Savinho pastikan Manchester City kembali memukau
The Citizens memulakan 2025 dengan kemenangan selesa di Stadium Etihad, meraih kemenangan berturut-turut EPL.
AWANI Ringkas: Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ini tidak adil, kata Arteta
Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya terhadap hukuman sepakan penalti yang dilabelnya keras ketika Arsenal seri 1-1 di Brighton.
#AWANIRingkas 5 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Januari 2025
1️⃣ Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
2️⃣ Penganalisis jangka pasaran kekal berhati-hati
3️⃣ Polis rakam percakapan tiga individu
#awaniringkas
1️⃣ Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
2️⃣ Penganalisis jangka pasaran kekal berhati-hati
3️⃣ Polis rakam percakapan tiga individu
#awaniringkas
MBSB Bank ikut syarat BNM dalam banteras penipuan kewangan
MBSB Bank Bhd akan mematuhi langkah keselamatan terkini yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi melindungi pengguna daripada penipuan (scam) kewangan, terutamanya melalui transaksi dalam t
Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya tawar hadiah bernilai RM2.4 juta
Orang ramai boleh menyertai kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 bermula 1 September 2022 hingga 31 Mei 2023.
Nor Azam M Taib dilantik sebagai CEO Kumpulan MBSB
Pada 15 Ogos 2021, beliau dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB.