KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dijangkakan lebih baik daripada sekarang susulan sokongan daripada pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan kerajaan pada masa ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata, turun naik mata wang, terutamanya bagi ringgit, adalah perkara biasa dan sering didorong oleh penunjuk makroekonomi memandangkan Malaysia adalah negara perdagangan terbuka.
"Melihat kepada petunjuk makroekonomi, lebihan akaun semasa bagi 2023 kekal pada 1.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai simpanan yang boleh digunakan untuk pelaburan dalam negara.
"Pasaran buruh kita berada dalam status guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran yang lebih rendah sebanyak 3.3 peratus pada akhir 2023. Dalam erti kata itu, nilai ringgit sepatutnya lebih baik daripada apa yang ada pada masa ini," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Mohd Afzanizam menyatakan, disebabkan oleh impak sentimen terhadap penilaian mata wang, adalah sukar untuk membuat jangkaan mengenai isu itu.
Dalam satu kenyataan pada Selasa (20 Feb), Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, bank pusat itu berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak menggambarkan prospek positif ekonomi Malaysia.
"Mempertimbangkan perkembangan positif ini dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan reformasi struktur, termasuk jangkaan penurunan kadar faedah dalam ekonomi maju, kebanyakan penganalisis menjangkakan ringgit meningkat tahun ini," kata beliau.
Mohd Afzanizam mengatakan bahawa Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal juga penting kepada reformasi fiskal yang berterusan bagi memastikan tadbir urus dan ketelusan dalam mengurus kewangan awam dan risiko fiskal.
"Apa yang boleh dilakukan ialah kita terus mengekalkan pembaharuan struktur seperti langkah-langkah cukai pembetulan, rasionalisasi subsidi, yang akan terus menarik pelabur-pelabur berkualiti dan menangani isu-isu teras.
"Memandangkan paras hutang Malaysia adalah dalam mata wang mata wang tempatan dan bukan hutang luar negeri, kita tidak perlu menekan butang panik," katanya.
Kelemahan ringgit hanya sementara
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, kelemahan semasa ringgit adalah sementara kerana pasaran global, terutamanya rakan dagangan terbesar Malaysia, iaitu China sedang mengimbangi semula trend inflasi mereka.
Beliau menyifatkan penyusutan nilai ringgit sekarang sebagai reaksi yang berlebihan.
"Namun, konteks yang lebih luas bagi banyak negara Asia yang bergelut di bawah keadaan kewangan yang ketat, terutamanya yang bergantung kepada pembiayaan dalam denominasi dolar AS, menjadikan akses pendanaan luar terlalu mahal," kata Innes.
Beliau juga berkata, walaupun nilai ringgit semasa memberi manfaat kepada pengeksport dalam ekonomi yang bergantung kepada perdagangan, inflasi global yang tinggi telah melembapkan permintaan produk, justeru, ringgit menghadapi dinamik dua pilihan yang sukar.
"Ringgit dikatakan boleh memberi manfaat kepada industri pelancongan di Malaysia dalam jangka pendek.
"Tetapi kami berpendapat paras 4.80 adalah berlebihan, terutamanya dengan jangkaan pemotongan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada separuh kedua tahun ini," katanya.
Selain ringgit, baht Thailand juga bergelut dengan pemotongan kadar faedahnya bagi meningkatkan ekonomi tempatan dan Innes percaya BNM juga berada dalam situasi yang sama.
"Bagaimanapun, mengurangkan kadar faedah mungkin menyebabkan ringgit lagi lemah dalam jangka pendek," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Nilai ringgit dijangkakan lebih baik daripada sekarang susulan sokongan daripada pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan kerajaan pada masa ini. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.
Momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi
Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.
Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.