Nilai aset Johor Corporation (JCorp) yang diwakafkan untuk masyarakat sehingga tahun lalu telah berkembang kepada RM814 juta berbanding hanya RM250 juta pada 2000.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkembangan itu menunjukkan komitmen dan keseriusan JCorp sebagai anak syarikat kerajaan negeri dalam membudayakan wakaf.
Aset-aset wakaf itu pula berbentuk sebuah Masjid An-Nur Kota Raya dalam bangunan Galleria di sini, dan sejumlah saham miliknya yang diwakafkan kepada Waqaf An-Nur Corporation Bhd.
Hari ini, usaha mewakafkan aset itu diteruskan lagi dengan memperkenalkan satu instrumen wakaf dalam bentuk saham yang melibatkan projek Larkin Sentral.
Wakaf ini merupakan wakaf saham tawaran awam pertama di dunia dan diperkenalkan dengan matlamat mengumpul dana bagi menampung segala perbelanjaan untuk menaiktaraf dan baik pulih Bangunan Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin Sentral di Ahad.
"Menerusi wakaf ini, sebanyak 850 juta unit saham baharu Larkin Sentral Property Bhd bakal ditawarkan pada harga 10 sen seunit.
"Ia dibuka kepada segenap lapisan masyarakat, sama ada institusi dan orang awam dengan kadar minimum sebanyak RM100," katanya berucap pada majlis pelancaran prospektus waqaf saham Larkin Sentral dan Santapan Berbuka Puasa JCorp di sini, semalam.
Berangkat menyempurnakan majlis itu ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim wakil rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Menurut Mohamed Khaled, individu yang mewakafkan saham ini kepada Waqaf An-Nur melalui Hujjah Wakaf akan mendapat insentif potongan cukai pendapatan sehingga tujuh peratus, manakala pewakaf institusi memperoleh potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat masing-masing.
"Kita akan bergerak serius untuk mencapai sasaran kerana projek ini bukan sahaja memberi ruang untuk kita beramal, namun apabila siap sepenuhnya kelak akan memberi manfaat kepada lebih sembilan juta pengunjung setahun atau bersamaan lebih 26,000 pengunjung sehari," katanya.
Dalam pada itu, beliau mahu wakaf dilihat sebagai satu instrumen pembangunan sosial yang dinamik, telus dan menguntungkan masyarakat secara umum, terutama dalam era globalisasi kini yang menyaksikan masyarakat semakin terbuka dan berpengetahuan ekoran daripada kewujudan media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2017

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan melancarkan Prospektus Waqaf Saham Larkin Sentral dan Santapan Berbuka Puasa Johor Corporation di Pusat Konvensyen Antrabangsa Persada Johor pada Ahad. - fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Untung selepas cukai JCorp melonjak lebih 100 peratus kepada RM808 juta bagi tahun kewangan 2022
Pertumbuhan cemerlang itu disokong oleh peningkatan perolehan kumpulan sebanyak 12 peratus iaitu melonjak kepada RM5.7 bilion.

JLand Group kumpul pelaburan RM45.6 bilion pada 2022
Pelaburan itu dicapai melalui beberapa kerjasama strategik yang diwujudkan dengan pemain merentas industri yang terkenal di rantau ini.

JCorp, Sojitz teroka kerjasama inisiatif nyahkarbon di Johor
Kerjasama itu menandakan satu mercu jaya penting dalam usaha kumpulan memulakan perjalanan mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

JCorp catat keuntungan selepas cukai melebihi 100 peratus kepada RM379 juta bagi tahun kewangan 2021
Pencapaian itu bersandarkan jumlah pendapatan sebanyak RM5.13 bilion, peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding RM4.3 bilion sebelumnya.

Johor disaran buat saringan COVID-19 secara besar-besaran
Inisiatif itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama penyedia penjagaan kesihatan KPJ Healthcare yang dimiliki Johor Corporation Bhd (JCorp) iaitu anak syarikat negeri.

JCorp kenal pasti potensi pelaburan bernilai RM17.4 bilion bagi Taman Perindustrian Pengerang
Potensi pelaburan itu antara lainnya melibatkan operasi kompleks aromatik, loji petrokimia serta perkhidmatan sokongan.

Kamaruzzaman bersara sebagai Presiden, Ketua Eksekutif Jcorp berkuat kuasa 31 Dis
Jawatan Kamaruzzaman akan dipangku naib presiden bahagian tanggungjawab korporat JCorp, Bukhari Abdul Rahman.

Bekas CEO JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia akibat kanser
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia di ibu negara hari ini.

Nilai aset JCorp yang diwakaf meningkat kepada RM814 juta setakat 2016
Nilai aset Johor Corporation (JCorp) yang diwakafkan untuk masyarakat sehingga tahun lalu telah berkembang kepada RM814 juta berbanding hanya RM250 juta pada 2000.

JCorp bawa pelaburan bandar robotik bernilai RM15 bilion ke Johor
JCorp memeterai Perjanjian Hasrat Kerjasama dengan Siasun Robot Investment Co. Ltd untuk membangunkan tanah seluas 404 hektar bagi projek Robotic Future City bernilai RM15 bilion.