Johor Corporation (JCorp) telah mengenal pasti potensi pelaburan bernilai RM17.4 billion untuk dibawa masuk ke Taman Perindustrian Pengerang (PIP) dekat Kota Tinggi, yang bakal menjadi hab pemprosesan produk hiliran berasaskan minyak dan gas utama rantau ini.
JCorp menerusi satu kenyataan berkata potensi pelaburan itu antara lainnya melibatkan operasi kompleks aromatik, loji petrokimia serta perkhidmatan sokongan berkaitan perindustrian minyak dan gas.
Antara produk yang akan dihasilkan adalah bahan mentah dalam bentuk cecair dan pelet untuk pengilang pelbagai barangan plastik bagi keperluan industri seperti beg plastik industri.
"Produk lain yang dijangka dapat dihasilkan termasuk komponen kereta, cat, cecair penyejuk enjin, gentian sintatik, selain produk keperluan pengguna," kata syarikat itu.
Terdahulu, semalam, JCorp mengadakan taklimat pembangunan PIP yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim serta delegasi Ahli Jawatankuasa Pelaksana Projek-Projek Kerajaan Persekutuan (FPSC) di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) serta pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor.
Dalam masa yang sama, JCorp berkata, pihaknya turut menganggarkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.27 bilion menerusi empat fasa projek pembangunan PIP.
PIP yang dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 2023 itu juga bakal mewujudkan ribuan peluang pekerjaan separuh mahir mahupun sokongan.
Setakat ini, kemajuan kerja-kerja penyediaan platform bagi pembangunan projek PIP di tapak seluas 790 ekar itu telah mencapai 77 peratus.
"Dengan memiliki kelebihan yang strategik, JCorp yakin PIP dan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) mampu dipertingkat dan diperkukuhkan sebagai destinasi pelaburan serta hab industri minyak dan gas menerusi kerjasama berterusan kerajaan negeri dan persekutuan," kata syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020
Potensi pelaburan itu antara lainnya melibatkan operasi kompleks aromatik, loji petrokimia serta perkhidmatan sokongan berkaitan perindustrian minyak dan gas. - Gambar hiasan/ Facebook Rapid Pengerang Johor
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Untung selepas cukai JCorp melonjak lebih 100 peratus kepada RM808 juta bagi tahun kewangan 2022
Pertumbuhan cemerlang itu disokong oleh peningkatan perolehan kumpulan sebanyak 12 peratus iaitu melonjak kepada RM5.7 bilion.
JLand Group kumpul pelaburan RM45.6 bilion pada 2022
Pelaburan itu dicapai melalui beberapa kerjasama strategik yang diwujudkan dengan pemain merentas industri yang terkenal di rantau ini.
JCorp, Sojitz teroka kerjasama inisiatif nyahkarbon di Johor
Kerjasama itu menandakan satu mercu jaya penting dalam usaha kumpulan memulakan perjalanan mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.
JCorp catat keuntungan selepas cukai melebihi 100 peratus kepada RM379 juta bagi tahun kewangan 2021
Pencapaian itu bersandarkan jumlah pendapatan sebanyak RM5.13 bilion, peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding RM4.3 bilion sebelumnya.
Johor disaran buat saringan COVID-19 secara besar-besaran
Inisiatif itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama penyedia penjagaan kesihatan KPJ Healthcare yang dimiliki Johor Corporation Bhd (JCorp) iaitu anak syarikat negeri.
JCorp kenal pasti potensi pelaburan bernilai RM17.4 bilion bagi Taman Perindustrian Pengerang
Potensi pelaburan itu antara lainnya melibatkan operasi kompleks aromatik, loji petrokimia serta perkhidmatan sokongan.
Kamaruzzaman bersara sebagai Presiden, Ketua Eksekutif Jcorp berkuat kuasa 31 Dis
Jawatan Kamaruzzaman akan dipangku naib presiden bahagian tanggungjawab korporat JCorp, Bukhari Abdul Rahman.
Bekas CEO JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia akibat kanser
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia di ibu negara hari ini.
Nilai aset JCorp yang diwakaf meningkat kepada RM814 juta setakat 2016
Nilai aset Johor Corporation (JCorp) yang diwakafkan untuk masyarakat sehingga tahun lalu telah berkembang kepada RM814 juta berbanding hanya RM250 juta pada 2000.
JCorp bawa pelaburan bandar robotik bernilai RM15 bilion ke Johor
JCorp memeterai Perjanjian Hasrat Kerjasama dengan Siasun Robot Investment Co. Ltd untuk membangunkan tanah seluas 404 hektar bagi projek Robotic Future City bernilai RM15 bilion.