KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan kenaikan nilai ambang keterhutangan syarikat daripada RM10,000 kepada RM50,000 kekal tanpa penetapan tempoh.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melihat keputusan itu sebagai usaha untuk membantu golongan peniaga terutama yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Nilai ambang (keterhutangan) pada masa itu memang kita menetapkan sehingga tempoh (tertentu) tetapi sekarang kita putuskan ini akan berterusan dan tiada tempoh lagi...SSM dan KPDNHEP melihat ini adalah satu cara untuk membantu golongan peniaga yang terkesan," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Nanta menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang ingin tahu setakat mana inisiatif nilai keterhutangan yang dinaikkan itu telah membantu syarikat yang terkesan.
Sebelum ini, SSM menaikkan nilai ambang keterhutangan daripada RM10,000 kepada RM50,000 sebagai langkah sementara iaitu bermula 23 April 2020 hingga 31 Mac 2021 supaya dapat mengurangkan risiko syarikat dikenakan tindakan penggulungan.
Mengenai perkembangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang diwujudkan bertujuan membantu golongan B40 yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19, Nanta berkata 21,397 permohonan melalui skim itu telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Okt lepas.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 15,053 permohonan adalah daripada golongan B40 manakala 6,344 permohonan diterima daripada pelajar institusi pengajian tinggi sepenuh masa.
"Sebanyak 21,107 perniagaan milikan tunggal dan 290 perniagaan perkongsian pula telah didaftarkan melalui SPPP dalam tempoh itu," katanya menjawab soalan asal Cha Kee Chin (PH-Rasah).
Cha ingin tahu mengenai inisiatif SSM dalam membantu golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk memulakan semula perniagaan mereka sebaik sahaja sektor ekonomi mula dibuka dan bagaimana Bajet 2022 boleh memanfaatkan golongan itu.
"SSM masih membuka peluang serta menyasarkan lebih 100,000 pendaftaran baharu melalui skim ini untuk merancakkan lagi fasa pemulihan ekonomi negara akibat kemeseletan pendapatan yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 yang dirancangkan kerajaan di dalam Bajet 2022.
"Skim ini diharap dapat memanfaatkan golongan B40 dan pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan tinggi awam serta swasta, politeknik, kolej, institut kemahiran dan pusat kemahiran untuk mendaftarkan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi bagi pendaftaran baharu serta maklumat perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021

Nanta ketika menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nilai ambang keterhutangan kekal RM50,000 - Nanta
Pihaknya melihat keputusan itu sebagai usaha untuk membantu golongan peniaga terutama yang terkesan akibat pandemik COVID-19.