LABUAN: Penyedia transformasi digital, teknologi dan perkhidmatan di Asia Tenggara, Neurogine Group of Companies telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menubuhkan makmal teknologi di Labuan.
Inisiatif berkenaan dikenali sebagai "Pusat Kecemerlangan Asia UMS untuk Rantaian Blockchain" (UMS ACoE), ditubuhkan bagi mewujudkan kluster inovasi tertumpu pada teknologi blockchain (lejer digital terbuka) khususnya dalam aplikasi kewangan dan platform menangani keselamatan makanan, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Isnin.
Ia berkata usaha bersama itu akan melibatkan kumpulan bakat (pekerja berkemahiran) dari Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia dan Asia Timur sekali gus menempatkan UMS ACoE sebagai hab inovasi kewangan blockchain.
Pengerusi Neurogine, Chen Chee Peng berkata, keputusan itu dicapai susulan Mesyuarat Tahunan Lembaga Penasihat 2024 yang diadakan buat kali pertama di Labuan.
Beliau berkata, ahli lembaga itu telah melawat Kampus Antarabangsa Labuan (LIC) UMS sebelum ini dan meninjau lokasi berpotensi dan memilih dua lokasi kerana kerana saiz dan sumbernya.
Chen berkata, jumlah bakat ketika ini dalam teknologi blockchain adalah rendah walaupun kepentingannya semakin meningkat, menekankan peranan pusat itu dalam menarik dan membangunkan bakat.
"UMS ACoE yang dicadangkan akan mencari bakat yang sesuai dan menyediakan platform khusus untuk mereka mempamerkan dan menunjukkan aplikasi dan penyelesaian kewangan blockchain mereka.
"Kami mencadangkan kerjasama rapat dengan dua fakulti di UMS LIC iaitu Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pengkomputeran dan Informatik kerana kedua-duanya berada pada kedudukan tepat untuk membangunkan bakat dalam bidang ini yang menggabungkan teknologi dan kewangan," katanya.
Selain itu, Chen menjangkakan pusat itu memainkan peranan penting dalam mata wang digital bank pusat di seluruh Asia dengan menekankan permintaan untuk bakat dalam landskap yang berkembang ini.
Sehubungan itu, inisiatif itu bukan sahaja akan mencipta peluang pekerjaan tetapi juga menarik pelaburan asing ke Labuan yang berpotensi mengubah aspek perdagangan dan sosial di rantau ini, katanya.
Selain itu, beliau berkata, syarikat itu menyasarkan untuk memupuk bakat belia melalui pusat itu, memperkasakan agenda pendigitalan untuk memberi manfaat kepada komuniti Labuan terutamanya dengan penempatan semula ibu kota Indonesia kelak.
Chen meluahkan keyakinan bahawa kerjasama dengan UMS akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi, teknologi dan sosial yang positif di Labuan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

Pengerusi Neurogine, Chen Chee Peng berkata, keputusan itu dicapai susulan Mesyuarat Tahunan Lembaga Penasihat 2024 yang diadakan buat kali pertama di Labuan. - Gambar Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.

Malaysia antara 10 destinasi mesra kripto - Gobind
Malaysia muncul sebagai salah satu daripada 10 destinasi mesra kripto untuk nomad dan syarikat digital.

SC lancar inisiatif perluas ekosistem inovasi digital
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan melancarkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan libat urus dengan industri dan ekosistem inovasi digital yang lebih luas.

ACO Tech, Geno, MARii teroka penggunaan blockchain dalam infrastruktur EV Malaysia
ACO Tech memeterai MOC dengan Geno Group dan MARii bagi mengkaji penggunaan penyelesaian blockchain bagi infrastruktur Kenderaan Elektrik (EV) Malaysia.

Neurogine, UMS bekerjasama tubuh hab inovasi blockchain di Labuan
Neurogine Group of Companies telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menubuhkan makmal teknologi di Labuan.

Pelan Hala Tuju Teknologi Negara: Langkah penting menuju arah yang betul
56% rakyat Malaysia tidak mengenali atau tidak memahami tentang penggunaan teknologi blockchain serta kepentingannya terhadap masa hadapan teknologi negara.

MyEG meterai perjanjian bagi miliki, kendali Xinghuo BIF International Supernode
Dengan teknologi dan keupayaan perkhidmatan awamnya, Xinghuo BIF akan menyediakan perkhidmatan blockchain kepada negara ASEAN.

Web3 Expo bakal lonjak Malaysia ke Metaverse
Web3Expo, sebuah acara mega yang akan menghimpunkan nama-nama besar dunia ekonomi digital, akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.

MOSTI mulakan projek penjejakan vaksin dengan teknologi Blockchain
MOSTI) dan MIMOS, dengan kerjasama KKM, telah memulakan projek pengesanan vaksin yang berkaitan dengan teknologi Blockchain di peringkat konsep.

E-dompet, trend masa hadapan dalam perniagaan
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata sistem e-dompet dapat menyediakan transaksi yang lebih telus kepada pengguna, penting dalam mewujudkan sistem blok rantai (blockchain) di negara ini.