PUTRAJAYA: Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak namun masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Memberi contoh mengenai penggunaan subsidi diesel dalam negara, beliau berkata penggunaan itu adalah lebih kurang 6.1 bilion liter sebelum COVID-19 dan kini penggunaan subsidi diesel mencecah 10.8 bilion liter.
“Kalau kita kira peningkatannya ialah 70 peratus.. jadi mana subsidi diesel itu pergi? Kita rasa buat masa sekarang ada kemungkinan besar subsidi itu berganjak kepada sektor yang tidak berhak mendapat subsidi.
“Tuan-tuan kalau membeli diesel daripada stesen petrol kita akan membayar RM2.15 per liter, tapi kalau kena bayar kadar komersial, jika anda dalam sebuah syarikat dan tidak layak untuk subsidi diesel anda perlu membawar lebih kurang RM3.48 per liter, jadi perbezaannya amat ketara,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Mengenai kemungkinan subsidi tersebut berganjak kepada sektor yang tidak berhak mendapat subsidi diesel, beliau berkata perkara itu mengakibatkan beban lebih besar kepada pengurusan kewangan negara.
“Ketirisan ini yang perlu kita hentikan. Duit kita bayar kepada syarikat yang tidak sepatutnya mendapat subsidi. Ia sepatutnya pergi kepada rakyat..untuk kita bina sekolah yang lebih elok, klinik serta infrastruktur lain yang lebih penting kepada rakyat.
“Kita kena tutup kelompongan yang ada dari segi ketirisan ini. Kita tengok dari segi jumlah subsidi diesel yang diberi tahun lalu lebih kurang RM20 bilion. Jadi kalau kita dapat potong setengah pun ... Alhamdulillah,” katanya.
Beliau berkata Kerajaan MADANI akan berusaha untuk menjana hasil yang lebih, mengurangkan ketirisan dan menyalurkan dana ke saluran yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.
Amir Hamzah turut berkata bahawa Malaysia mempunyai peluang untuk keluar daripada kekangan ekonomi walaupun mengambil sedikit masa serta menekankan perlunya usaha berterusan untuk mencapai hasrat tersebut.
“Sebab itulah dari segi pihak kerajaan antaranya melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, kita telah berusaha untuk menarik pelabur datang ke Malaysia.
“Alhamdulillah tahun lepas kita lihat pelaburan diluluskan berada pada satu tahap yang tinggi dan tidak pernah lagi dicapai sebelum ini iaitu sebanyak RM329.5 bilion,” jelasnya.
Kerajaan kini katanya turut memberi tumpuan untuk memperluaskan hasil dan usaha itu sedang dilakukan menerusi cukai perkhidmatan yang telah dinaikkan kepada lapan peratus berkuat kuasa 1 Mac lepas, berbanding enam peratus sebelum ini.
Bernama
Thu Mar 07 2024

Menurut Amir, Kerajaan MADANI akan berusaha untuk menjana hasil yang lebih, mengurangkan ketirisan dan menyalurkan dana ke saluran yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.

Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.

Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).

JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi.

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.

Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.

Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.