PLUS Malaysia Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Nasir Ab Latif sebagai pengerusinya yang baharu berkuatkuasa 27 Jun ini.
Menurut satu kenyataan pada Jumaat, Mohamad Nasir menggantikan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim yang memilih untuk bersara pada 27 Jun 2019 selepas menerajui Kumpulan PLUS selama hampir 17 tahun.
Mohamad Nasir, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PLUS Malaysia Berhad sejak 31 Disember 2013, memulakan kerjayanya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 1982 dan telah memegang beberapa jawatan sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia dan memperolehi Diploma Perakaunan dan Kewangan dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada tahun 1996.
Selain itu, beliau juga memiliki Sarjana Sains dalam Analisis Pelaburan dari Universiti Stirling, United Kingdom (1999).
Mohamad Nasir juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, Yinson Holdings Berhad, BBCC Development Sdn Bhd, Yarra Park City Pty Ltd, PNB-Kwasa International Holding Limited, PNB-Kwasa International 1 Limited dan PNB-Kwasa International 2 Limited.
Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan Kumpulan PLUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Sheriff yang telah menerajui PLUS selama 17 tahun.
Astro Awani
Fri Jun 28 2019

Mohamad Nasir (gambar) menggantikan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim yang memilih untuk bersara pada 27 Jun 2019. - Foto ihsan PLUS
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Mohamad Nasir dilantik pengerusi baharu PLUS
PLUS Malaysia Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Nasir Ab Latif dilantik sebagai pengerusinya yang baharu berkuatkuasa 27 Jun ini.