KUALA LUMPUR: Minyak sawit kini berada dalam landasan untuk merekodkan penutupan pada paras tertinggi dalam sejarah berikutan kebimbangan terhadap kekangan bekalan di Malaysia akibat masalah tenaga buruh dan banjir.
Penanda aras niaga hadapan melonjak sehingga 0.9% kepada RM5,112 satu tan metrik sebelum diniagakan pada RM5,077 satu tan metrik menjelang rehat tengah hari, demikian menurut laporan Bloomberg pada Rabu.
Dalam penutupan Selasa, minyak tropika ini yang digunakan untuk masakan hinggalah kepada aiskrim dan bahan pencuci, berakhir di bawah paras tertinggi setakat ini pada RM5,071 satu tan metrik yang ditetapkan pada Oktober.
Ketua Strategi Perdagangan dan Lindung Nilai di Kaleesuwari Intercontinental, Gnanasekar Thiagarajan berkata, pasaran kini lebih tertumpu kepada isu bekalan.
Katanya, masalah kekurangan tenaga buruh akan terus menjadi penghalang bagi niaga hadapan minyak sawit mentah.
"Statistik inventori yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), adalah lebih rendah daripada jangkaan ekoran kekurangan tenaga buruh dan banjir di beberapa kawasan penanaman utama, turut menyokong sentimen.
"Oleh itu, minyak sawit boleh diniagakan antara RM4,900 hingga RM5,250 minggu ini," katanya dalam laporan tersebut.
Pada Isnin, data MPOB menunjukkan paras inventori susut 12.9% kepada 1.58 juta tan metrik pada Disember berbanding bulan sebelumnya, jauh di bawah 1.7 juta tan metrik yang dianggarkan oleh kaji selidik Blooomberg.
Ini disebabkan pengeluaran merosot paling banyak dalam tempoh 11 bulan kepada 1.45 juta tan metrik.
Sementara itu, Pengarah Pelindung Bestari, Paramalingam Supramaniam berkata, kebimbangan terhadap cuaca ekstrem di Amerika Selatan dan jangkaan laporan kenaikan harga daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS) terhadap bekalan dan permintaan dunia untuk tanaman juga menyokong minyak sawit.
Pengurus Kanan Komoditi di Phillip Futures Pte., Avtar Sandu pula berkata, anggaran industri yang menunjukkan pengeluaran di semenanjung selatan Malaysia jatuh 32% dalam 10 hari pertama Januari berbanding bulan sebelumnya telah menggalakkan pasaran.
"Bagaimanapun, eksport yang suram dari Malaysia pada bulan ini akan menjejaskan harga sebelum Tahun Baharu Cina pada awal Februari," jelasnya.
Dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini, anggaran juruukur kargo bebas, SGS Malaysia Sdn Bhd. mendapati penghantaran Malaysia merosot sebanyak 41%.
Malah, data yang dikeluarkan Intertek Testing Services and Amspec Agri turut menunjukkan eksport merosot lebih daripada 40%.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Jan 13 2022
Kebimbangan terhadap cuaca ekstrem di Amerika Selatan dan jangkaan laporan kenaikan harga daripada Jabatan Pertanian AS terhadap bekalan dan permintaan dunia untuk tanaman juga menyokong minyak sawit. - Gambar hiasan
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka lepasi 19 juta tan tahun depan - Penganalisis
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka melepasi 19 juta tan pada 2025 sekiranya fenomena La Nina yang kuat melanda, kata seorang penganalisis.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Lawatan Chan dari 8-12 Julai untuk mempromosikan agrikomoditi Malaysia di China telah menghasilkan empat memorandum persefahaman.
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta pada Jun - MPOB
Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta tan pada Jun 2024 daripada 1.75 juta tan pada Mei 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Julai 2024.
Stok minyak sawit Malaysia naik 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei - MPOB
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
ASEAN dan EU akan adakan mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama tentang minyak sawit
Komitmen ini ditekankan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Bersama ASEAN-EU (JCC) Ke-31 yang berlangsung di Jakarta pada Rabu.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.