KUALA LUMPUR: Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) yang akan diadakan mulai 26 hingga 28 Julai ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka meraih nilai eksport lebih RM300 bilion dengan penyertaan 39 negara.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, sehubungan itu, pemain industri digesa untuk memanfaatkan acara itu sebagai batu loncatan bagi menembusi industri agrikomoditi global yang bernilai AS$756 bilion di seluruh dunia.
"Acara ini menawarkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan memudahkan peserta untuk menjalin hubungan, berurus niaga dengan transaksi yang besar serta meneroka potensi pelaburan.
"Ia turut memberi peluang untuk mereka menyusun strategi produktif ke arah menembusi pasaran baharu sebelum kita memasuki 2023," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata MIACES adalah langkah yang baik untuk menghubungkan pemain industri dengan penyelesaian yang inovatif, sekaligus menyumbang ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan, terutamanya ketika dunia menghadapi perubahan iklim.
"Melalui perbincangan meja bulat MIACES, kami juga berharap ia mencetuskan perbincangan ke arah membangunkan dasar yang relevan dengan peredaran masa, sambil memastikan pembangunan yang mampan di Malaysia sebagai negara pengeluar dan pengeksport," menurut Zuraida.
Bertemakan 'Memajukan Sektor Agrikomoditi Dalam Ekosistem Lestari,' MIACES tahun inimenampilkan produk pertanian yang pelbagai, di samping memberi penekanan terhadap sektor tumpuan seperti minyak sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf yang merupakan antara pemacu utama ekonomi Malaysia selaku negara tuan rumah bagi acara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022

Datuk Zuraida Kamaruddin berkata acara ini menawarkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan memudahkan peserta untuk menjalin hubungan, berurus niaga dengan transaksi yang besar. - Foto fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai eksport produk kayu disasar cecah RM19 bilion menjelang 2025 - Zuraida
Caj tinggi berbanding China itu juga menyebabkan banyak eksport perabot terpaksa ditangguhkan akibat ketidakmampuan peniaga menampung kos tersebut.