Melaka perlu mengambil pelbagai peluang ekonomi yang wujud hasil hubungannya dengan Guangdong di China bagi memakmurkan lagi ekonomi negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau percaya menerusi hubungannya dengan Guangdong, Melaka mampu meningkatkan lagi ekonomi negeri, terutama dalam sektor pelaburan, perdagangan dan pelancongan.
"Peluang itu perlu diambil kerana 25 peratus perdagangan dengan negara China disumbangkan oleh wilayah itu. Jika Melaka mengambil peluang ini, ia boleh meningkatkan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor.
"Kabinet telah meluluskan hubungan ini dan akan memeterainya tidak lama lagi," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir di sini, Sabtu.
Najib berkata dengan pertambahan pelancong ke negeri ini khususnya hasil hubungan erat dengan Guangdong, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini mampu berkembang sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa sepenuhnya.
"Lapangan terbang itu mempunyai potensi amat besar yang boleh merancakkan kedatangan pelancong ke negeri ini," katanya.
Pada masa ini Malindo Air, satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi di LTAM, menawarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang di Pekan Baru di Indonesia.
Kerajaan Negeri Melaka sedang berbincang dengan syarikat penerbangan dari China bagi menyediakan penerbangan terus dari LTAM ke Guangdong.
Bernama
Sun Aug 02 2015
Malindo Air merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi di LTAM, menawarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang di Pekan Baru di Indonesia. - Gambar Fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Transformers daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Hasil kajian berkaitan GISBH dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS
MAIS mengarahkan semua hasil kajian dan perbincangan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dan rangkaiannya dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Banjir: Fadhlina minta ibu bapa pantau pergerakan anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya memantau keselamatan anak-anak susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Nibong Tebal.
China mahu bina kilang, mahu produk ada logo halal JAKIM - Ahmad Zahid
Terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menempatkan kilang di Malaysia, bertujuan mendapatkan sijil halal JAKIM sebelum produk terbabit dieksport.
Wanita maut jatuh dalam lubang saluran air ketika mendaki
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air ketika menyertai aktiviti mendaki di bukit Cherok Tok Kun.
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
Niaga AWANI: AmInvestment turunkan unjuran harga minyak mentah Brent
Harga minyak mentah Brent untuk 2024 kini disemak semula kepada 83 Dolar Amerika setong berbanding ramalan awal 85 Dolar Amerika, dengan jangkaan untuk 2025 ditetapkan pada 80 Dolar Amerika setong.
Niaga AWANI: Pelabur asing beli bersih RM217.6 juta ekuiti
Ini merupakan pembelian bersih untuk minggu kelima berturut-turut menjelang jangkaan pelonggaran Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.
Niaga AWANI: Bukan lagi terletak pada institusi kewangan lalu - Anwar
Ekonomi Islam bukan lagi terletak pada institusi kewangan terdahulu menerajui ekonomi terutama dalam sudut penolakan sistem riba.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong, China
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou.
Tiga kanak-kanak antara 6 maut ditikam dalam serangan di tadika China
Mangsa termasuk seorang guru, dua ibu bapa dan tiga pelajar dalam serangan yang dilapor berlaku jam 7.40 pagi waktu tempatan pada Isnin.
Taufan Chaba badai Guangdong
Chaba, taufan ketiga tahun ini, membadai kawasan pantai Bandaraya Maoming di wilayah Guangdong, selatan China kira-kira 3 petang Sabtu.
COVID-19: 10 kes baharu melibatkan kes import direkodkan di China
China merekodkan 10 kes baharu positif COVID-19 pada Jumaat dan kesemua kes yang direkodkan adalah kes import.
COVID-19: Tiada kes baharu penularan tempatan di China, 18 kes import
Suruhanjaya Kesihatan China memaklumkan tiada penularan kes tempatan direkodkan di republik itu pada Selasa.
COVID-19: Lebih 90 peratus pesakit dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar
Ubat tradisional Cina digunakan secara meluas untuk merawat simptom seperti demam, batuk ataupun masalah pencernaan bagi pesakit di China.
China lapor lebih 100 kes baharu, jumlah tertinggi dalam sebulan
Kebanyakan kes jangkitan terbaharu ini merupakan kes import, dengan 98 daripadanya dijangkiti ketika berada di luar negara.
China rekod dua hari berturut-turut tiada kes tempatan COVID-19
Kes import dilaporkan meningkat ketika Beijing berusaha mengawal untuk mencegah kebangkitan semula virus itu.
Koronavirus: China catat kematian ketiga, rekod 136 kes baharu
Suruhanjaya Kesihatan memaklumkan perkembangan kes tersebut tanpa memberikan butiran mengenai individu ketiga yang meninggal dunia itu.