Keadaan masih terlalu awal untuk menilai impak akibat pelaksanaan dasar-dasar kerajaan baharu terhadap ekonomi Malaysia, demikian menurut Pakar Ekonomi Moody's Analytics, Katrina Ell.
Beliau berkata, pasaran kewangan Malaysia juga ternyata lebih cenderung ke arah penyusutan berikutan ketidaktentuan membabitkan dasar yang disenaraikan.
"Barisan Nasional telah memegang tampuk pemerintahan selama 60 tahun dan ini merupakan perubahan besar dari segi peralihan kuasa.
"Oleh itu, kesan dari segi implikasi ekonominya juga akan memakan masa (untuk dinilai)," katanya dalam temu bual secara emel dengan Bernama News Channel dari Australia.
Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas yang turut menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama enam dekad selain menjadi peralihan kuasa yang bersejarah untuk Malaysia.
Mengulas cadangan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Ell berkata: "Tindakan itu akan meningkatkan kebergantungan kerajaan terhadap pendapatan berasaskan hasil minyak dan mengurangkan asas pencukaian."
Malaysia akan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum GST pada 2015 dan membabitkan kutipan lebih kecil dari segi sumbangan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding GST, katanya.
"Tidak mungkin kesan berganda susulan penggunaan lebih tinggi akibat cukai lebih rendah dapat mengimbangi impaknya terhadap hasil kerajaan.
"Penyelamat sementara bagi Malaysia adalah kenaikan harga minyak. Negara ini merupakan pengeksport minyak bersih dan kenaikan harga minyak akan meningkatkan pendapatan cukai kerajaan, pengeluaran serta eksport.
"Hanya masa yang dapat menentukan sama ada perubahan rejim ini merupakan satu kejayaan manakala pemansuhan GST dan impak susulannya pula akan menjadi ujian pertama yang sebenar," katanya.
Beliau berkata ia merupakan strategi yang wajar bagi kerajaan PH menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan yang terdiri daripada individu yang dihormati untuk menasihati kerajaan dan meredakan kebimbangan mengenai pengurusan ekonomi pada masa depan yang berbeza berbanding sebelum ini dari segi strategi yang lebih luas.
Dr Mahathir turut berjanji untuk mengkaji semula pelaburan asing, termasuk sebahagian daripada projek Satu Jalur Satu Laluan China.
Beliau mengingatkan jika sebahagian daripada projek ini dibatalkan dan masalah infrastruktur tidak ditangani, ia akan menjejaskan produktiviti jangka panjang.
Pada 2017, pertumbuhan KDNK Malaysia melonjak kepada 5.9 peratus, kadar paling cepat sejak 2014 dan meningkat daripada 4.2 peratus pada 2016 -ini disebabkan persekitaran global yang pesat dan pendedahan besar Malaysia kepada peningkatan kitaran teknologi global yang berterusan.
"Peningkatan daripada permintaan global yang memberangsangkan adalah kurang diyakini pada 2018 dan risiko penurunan meningkat, terutamanya disebabkan peningkatan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang mengancam untuk mengurangkan aliran perdagangan dengan ketara," katanya, sambil menambah pertumbuhan KDNK Malaysia diunjurkan pada 5 peratus bagi 2018.
Pada minggu sebelum PRU14, Moody's Investors Service meningkatkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun ini kepada 5.4 peratus daripada 5.2 peratus yang diunjurkan sebelum ini, disokong oleh perancangan projek infrastruktur yang besar yang dijangka merangsang pelaburan awam dan swasta. -- Bernama
Bernama
Wed May 30 2018
Menurut Ell, penyelamat sementara bagi Malaysia adalah kenaikan harga minyak kerana negara ini merupakan pengeksport minyak bersih dan kenaikan harga minyak akan meningkatkan pendapatan cukai kerajaan, pengeluaran serta eksport. - BERNAMA/Fail
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
Kerjasama akar umbi PH-BN terus diperkukuh - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata meskipun menyedari perkara itu akan mengambil masa, namun ia tidak mustahil untuk dicapai.
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang
Penduduk di kawasan DUN Nenggiri perlu memberikan peluang dan kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di kawasan itu.
[KOLUMNIS] PRK Sungai Bakap: Medan ujian naratif baharu Kerajaan Perpaduan
SELEPAS Pilihan Raya Umum ke-15, landskap politik Malaysia disajikan dengan beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya enam negeri.
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
PRK Sungai Bakap: Rakyat boleh nilai retorik pembangkang - Zambry
Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Sungai Bakap Datuk Seri Zambry Abd Kadir yakin rakyat semakin bijak menilai isu dibangkitkan pembangkang.
BN sedia pertimbang letak calon di DUN Nenggiri - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan.
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK Sungai Bakap: Semua parti komponen BN setuju bantu kempen
Komitmen itu turut dinyatakan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan nanti.
UMNO Kelantan perlu beri peluang kepada pelapis muda
UMNO Kelantan perlu memberi peluang dan melahirkan lebih ramai golongan pelapis muda untuk menerajui Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.