Malaysia Airlines menempah 36 pesawat ATR72-600 membabitkan kos pembelian lebih USD840 juta daripada Avions de Transport Regional G.I.E. (ATR).

Tempahan itu membabitkan 20 pesawat serta opsyen membeli 16 pesawat tambahan.

Perjanjian pembelian itu dibuat susulan memorandum persefahaman pada Disember 2012, dengan penyerahan bermula pada pertengahan 2013.

Menerusi perjanjian berkenaan, MAS mengesahkan pembelian 42 pesawat ATR 72 sejak 2007.

MAS berkata pengenalan pesawat ini akan memperkukuh kedudukan kedua-dua anak syarikat ini dalam pasaran komuniti dan laluan perniagaan utama dan pada masa yang sama memperkukuh kumpulan MAS sebagai operator utama ATR di Asia.

Pesawat baharu ATR 72-600 akan membolehkan Firefly dan MASwings meluaskan lagi penawaran serantau dan menambah laluan baharu, kekerapan dan penyambungan ke rangkaian global MAS.