Malaysia Airlines (MAS) telah memulakan pengiraan detik-detik akhirnya untuk menyertai perikatan syarikat penerbangan satu dunia (oneworld) pada 1 Feb ini.

"Ia adalah elemen penting kepada strategi perubahan syarikat penerbangan negara Malaysia dan ia datang serentak bagi menandakan 40 tahun kejayaan memperlihatkan hospitaliti uniknya," kata syarikat itu dalam kenyataan Selasa.

MAS berkata ia akan meraikan selama dua hari bagi menandakan kemasukannya ke dalam sekutu syarikat penerbangan utama dunia itu.

"Para eksekutif kanan dari kalangan rakan-rakan sedia sekutu global yang ada akan "terbang" ke sini untuk mengalu-alukan MAS sebagai ahli terbarunya," katanya.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pada hari pertama menjadi sebahagian daripada sekutu itu, kesemua wakil akan menyertai beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa KL bagi mengalu-alukan penumpang bagi pelepasan pertama syarikat penerbangan itu.

"Menyertai sekutu itu akan mengukuhkan lagi daya saing MAS dan membolehkannya menawarkan para pengguna dengan rangkaian global sekutu oleh rakan berkualiti tinggi dari rantau utama dunia," kata beliau.

MAS berkata yang ia akan terbang bersama-sama dengan jenama terkemuka lain dalam industri penerbangan dunia seperti British Airways, Cathay Pacific, Finnair, Iberia, Japan Airlines, LAN, Qantas, Royal Jordanian dan S7 Airlines, Rusia.

Syarikat penerbangan itu berkata, penyertaannya akan mengembangkan lagi liputan satu dunia ke lebih 840 destinasi di 155 negara.