Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) telah memberi notis kepada BSI Bank Ltd (BSI Bank) mengenai hasrat untuk menarik balik statusnya sebagai bank saudagar disebabkan perlanggaran serius keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan pengurusan yang lemah terhadap operasi bank serta salah laku teruk oleh sebahagian kakitangan bank itu.
Selain itu, MAS telah merujuk enam nama daripada pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank kepada Pendakwa Raya untuk menilai sama ada mereka telah melakukan kesalahan jenayah.
"BSI Bank adalah kes kecuaian kawalan dan salah laku paling teruk yang pernah kami lihat dalam sektor kewangan Singapura.
"Ia adalah satu peringatan jelas kepada semua institusi kewangan untuk memikul tanggungjawab anti pengubahan wang haram secara serius," kata Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon dalam satu kenyataan di sini.
"Kawalan perlu kukuh, pengawasan sentiasa berwaspada dan budaya pengurusan mesti menekankan integriti dan kesedaran risiko profesional.
"MAS amat komited untuk melindungi integriti dan reputasi pusat kewangan Singapura. Tidak ada kompromi mengenainya," tambah beliau.
BSI Bank telah beroperasi sebagai bank saudagar di Singapura sejak November2005 di mana ia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan swasta.
Ia adalah anak syarikat milik penuh BSI SA, sebuah bank yang diasaskan pada 1873 dan beribu pejabat di Switzerland.
MAS berkata, pelanggan BSI Bank diberi jaminan yang bank itu mampu bayar dan mempunyai aset melebihi liabiliti dan komitmennya.
Ia juga mempunyai sokongan penuh bank induk, BSI SA di Switzerland, kata pihak berkuasa itu.
MAS kini bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA), pengawal selia BSI SA, untuk menyelia penutupan yang teratur di Singapura.
MAS berkata, FINMA telah meluluskan pengambilalihan keseluruhan BSI Group oleh EFG International, sebuah bank yang diberi kuasa oleh FINMA dan beribu pejabat di Switzerland.
Demi kepentingan pelanggan BSI Bank, MAS akan membenarkan pemindahan aset dan liabiliti anak syarikat bank itu di Singapura kepada EFG Bank AG cawangan Singapura atau kepada entiti induk, BSI SA.
Pada 2011, MAS telah memeriksa BSI Bank dan mendapati kelemahan dasar dan proses pada jabatan yang menjana pendapatan dan penguatkuasaan lemah oleh fungsi kawalan.
Kelemahan terbabit telah diperbetulkan, katanya.
Pada 2014, MAS sekali lagi memeriksa bank itu dan menemui beberapa kelemahan serius dalam pemeriksaan ketekunan wajarnya ke atas aset, yang menyokong dana pelaburan yang distruktur untuk pelanggan bank berkenaan.
Berikutan penemuan pelbagai kelemahan yang berulang dalam regim kawalannya, MAS telah mengarahkan pengurusan BSI Bank meningkatkan penelitian proses pengurusan risiko dan kawalan dalamannya.
Pemeriksaan ketiga lebih intrusif oleh MAS pada 2015 mendedahkan pelbagai pelanggaran peraturan anti pengubahan wang haram dan corak ketidakpatuhan yang berleluasa.
Keputusan MAS untuk menarik balik status BSI Bank sebagai bank saudagar itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kelemahan yang berulang seperti penemuan pemeriksaan pada 2015.
Kelemahan kawal selia khusus, termasuk memproses pelbagai transaksi luar biasa yang pada dasarnya diluluskan tanpa nilai ekonomi.
Kelulusan transaksi seperti itu berdasarkan semata-mata kepada kepercayaan perwakilan pelanggan walaupun dokumentasi tidak mencukupi dan kebimbangan telah ditimbulkan oleh pegawai pematuhan bank.
Ini adalah kali pertama MAS menarik balik kelulusannya untuk bank saudagar sejak 1984, apabila Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd ditutup berikutan kelemahan serius dalam khidmat nasihatnya.
MAS menemui bukti mencukupi pengabaian tugas dan kegagalan melaksana tanggungjawab pengawasan bagi pihak pengurusan kanan BSI Bank.
Kenam-enam pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank dinilai untuk kemungkinan kesalahan jenayah ialah Hans Peter Brunner, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Raj Sriram, bekas Timbalan CEO, Kevin Michael Swampillai, Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan, Yak Yew Chee, bekas Pegawai Bank Kanan, Yeo Jiawei, bekas Perancang Kekayaan dan Seah Yew Foong Yvonne, bekas Pegawai Kanan Bank.
MAS juga memberikan notis kepada BSI Bank untuk mengenakan penalti kewangan S$13.3 juta (S$1=RM2.95) untuk 41 pelanggaran Notis MAS 1014 - Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Memerangi Pembiayaan Keganasan.
Pelanggaran terbabit termasuk kegagalan melaksana ketekunan wajar pelanggan yang dipertingkat ke atas akaun berisiko tinggi dan memantau transaksi pelanggan yang mencurigakan secara berterusan.
MAS menetapkan institusi kewangan di Singapura mematuhi secara tegas terhadap peraturan mengenai anti pengubahan wang haram serta memerangi pembiayaan keganasan.
Sepertimana semua pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa utama lain, Singapura menghadapi risiko digunakan sebagai saluran aliran kewangan haram.
MAS sedang menjalankan semakan penyeliaan ke atas beberapa institusi kewangan dan akaun bank lain di mana transaksi mencurigakan serta luar biasa telah berlaku.
Bernama
Tue May 24 2016
MAS berkata, pihaknya amat komited untuk melindungi integriti dan reputasi pusat kewangan Singapura. - Foto AFP
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
1MDB: Perjanjian PSI dan PetroSaudi dibuat pada 25 September 2009 - Shahrol
Shahrol berkata, dia terbang ke London dengan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang dan peguam, Brian Chia untuk menandatangani perjanjian itu.
Satu lagi pembohongan WSJ terbukti - Tengku Sariffuddin
"Sebagai satu taktik pengecut untuk mengelak daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka menggunakan sumber-sumber yang tidak dinamakan."
BSI tiada kaitan dengan 1MDB, kata pengurusan baharu
BSI Bank tegas mengatakan bahawa pihak pengurusannya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti pengubahan wang haram secara besar-besaran di Malaysia.
MAS arah BSI Bank di Singapura ditutup
MAS telah merujuk enam nama daripada pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank kepada Pendakwa Raya untuk menilai sama ada mereka telah melakukan kesalahan jenayah.