KUALA LUMPUR:Manulife telah melantik Vibha Coburn sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan untuk Manulife Holdings Bhd (MHB) dan CEO Manulife Insurance Bhd (MIB), berkuat kuasa hari ini.
Pengurus Besar (pasaran sedang pesat membangun) Manulife Asia Sachin N. Shah berkata Coburn menggantikan Lee Sang Hui, yang kini telah menjawat peranan baharu sebagai CEO Manulife Vietnam.
Beliau berkata Coburn akan bertanggungjawab untuk operasi MHB di Malaysia, termasuk insurans hayat, insurans kesihatan, pengurusan kekayaan dan perniagaan penyelesaian persaraan.
"Beliau turut menganggotai Lembaga Manulife Investment Management Services Bhd Malaysia. Coburn ialah ahli Pasukan Kepimpinan Asia dan Global Manulife.
"Dengan pelantikan ini, saya yakin beliau akan memberikan sumbangan besar kepada operasi Manulife Malaysia dan seterusnya membantu mengukuhkan lagi pasukan kepimpinan pasaran sedang pesat membangun kami," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Coburn yang berpengalaman lebih 30 tahun dan berperanan penting dalam perundingan perbankan, insurans dan pengurusan, meliputi Asia, Eropah dan Australia, menyertai Manulife pada 2016.
Selain itu, Coburn pernah menjadi ketua pegawai pengedaran Manulife Asia.
Sementara itu, Presiden dan CEO Manulife Asia Anil Wadhwani berkata kejayaan Coburn selama ini membuktikan kekuatannya dalam mempercepatkan transformasi digital dan memacu pertumbuhan Manulife.
"Pelantikan ini mencerminkan kepentingan perniagaan Malaysia dan komitmen kami kepada pasaran," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020

Kejayaan Coburn selama ini membuktikan kekuatannya dalam mempercepatkan transformasi digital dan memacu pertumbuhan Manulife. - fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar lindungi hak pemilik, pampasan lebih adil - PM
Tanggapan kononnya undang-undang ini akan menyebabkan orang Melayu dan Bumiputera kehilangan tempat di bandar adalah tidak benar.

PM Anwar tegur insiden pemuda Cina ditampar warga emas
Sensitiviti agama, kaum dan bangsa boleh dielakkan jika semua pihak mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain, kata Perdana Menteri.

Singapura seru sambung rundingan ke arah gencatan senjata berkekalan di Gaza
Singapura menyuarakan kebimbangan terhadap berulangnya pertempuran di Gaza yang mengakibatkan kematian dalam kalangan orang awam.
AWANI Ringkas: Pelanggaran Akta Mesin Cetak 1984
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Siasatan SPRM ke atas bekas PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ops Mulia: 734 naskah al-Quran, lebih 19,000 bahan al-Quran disita
Sejumlah 734 naskah al-Quran dan 19,682 bahan al-Quran yang tiada perakuan disita bagi tempoh 7 hingga 12 Mac lepas.

Dua karnival, tiga bazar sempena Ramadan dan Aidilfitri rai ulang tahun ke-50 AmBank
Siri karnival perayaan anjuran AmBank himpunkan rakyat Malaysia dalam semangat perpaduan dan perayaan yang sebenar.

Warga emas tampar pemuda dilepas tanpa bebas, kes dirujuk AGC
Kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan sentimen pasaran berhati-hati.

Operasi mencari lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas ketika memukat diteruskan
Lelaki itu dikhuatiri lemas ketika memukat di sungai berkenaan bersama anaknya yang berusia 8 tahun, malam tadi.