KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM193.7 bilion dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama yang melibatkan 2,786 projek bagi tempoh Januari hingga September 2022.
Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata jumlah tersebut bakal menjana sebanyak 98,414 peluang pekerjaan baharu di negara ini.
Menurutnya, angka pelaburan diluluskan itu merupakan peningkatan sebanyak 2.5 peratus berbanding RM188.9 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyifatkan kejayaan menarik hampir RM194 bilion pelaburan diluluskan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menjadi bukti kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di Asia.
"Rantaian bekalan mantap, struktur kos yang kompetitif, proses operasi perniagaan yang dipermudahkan, inovasi dan keupayaan teknologi canggih serta bakat tempatan terlatih menjadi pemangkin untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan.
"Melangkah ke hadapan, MITI dan agensi-agensinya akan memastikan agar peluang pelaburan baharu dapat membina kapasiti serta modal insan bersesuaian dalam industri sasaran bagi membina ekonomi negara secara mampan," katanya.
Dalam pada itu, MIDA menjelaskan bahawa pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama sebanyak 67.5 peratus atau RM130.7 bilion (US$28.1 bilion) manakala pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang 32.5 peratus atau RM63 bilion (USD13.6 bilion).
"Ini merupakan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding FDI diluluskan bagi tempoh sama pada 2021.
"Daripada jumlah pelaburan diluluskan itu, China mendominasi pelaburan asing sebanyak RM49.2 bilion dan seterusnya Amerika Syarikat (RM16.9 bilion), Belanda (RM16.5 bilion), Jerman (RM9.2 bilion) dan Singapura (RM8.7 bilion)," katanya.
Lima negeri dengan pelaburan diluluskan yang signifikan termasuk Johor (RM63.9 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM26.1 bilion), Selangor (RM25.7 bilion), Sarawak (RM17.6 bilion) dan Kedah (RM12.1 bilion).
Bagi tempoh itu juga, kata MIDA, sektor perkhidmatan berperanan penting dalam memacu pemulihan ekonomi negara dengan merangkumi 58.5 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM113.3 bilion yang melangkaui jangkaan bagi Jan-Sept 2022 iaitu melonjak 60.9 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.
Ini diikuti sektor perkilangan berjumlah RM64.9 bilion atau 33.5 peratus dengan sektor utama RM15.5 bilion atau lapan peratus.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata Malaysia mempunyai reputasi baik di persada antarabangsa dan diyakini oleh pelabur.
"Negara ini mempunyai asas kukuh dalam membuka peluang pelaburan dan perniagaan untuk mereka. Menerusi iklim pelaburan menarik, Malaysia bersedia menjadi hab ekonomi besar yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelabur.
"Malaysia menawarkan pelbagai ciri-ciri kompetitif untuk syarikat-syarikat tampil maju di pasaran antarabangsa melalui kedudukannya yang strategik di Selat Melaka, ekosistem industri yang komprehensif dengan kekayaan sumber asli serta populasi muda, berbakat dan berdaya saing," katanya.
Arham turut berkongsi usaha kerajaan yang giat melaksanakan langkah agresif untuk menarik lebih banyak projek berkualiti dan berimpak tinggi serta berintensifkan modal dalam sektor perkilangan serta perkhidmatan yang dijangka menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
"Kerajaan akan terus memberi tumpuan dalam ekonomi digital, tenaga dan aktiviti perkilangan bernilai tinggi seperti teknologi pengangkutan termasuk kenderaan elektrik dan ekosistemnya yang bakal menyumbang kepada potensi ekonomi yang ketara dan pembangunan jangka panjang yang mampan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyifatkan kejayaan menarik hampir RM194 bilion pelaburan diluluskan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menjadi bukti kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di Asia. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

Diplomasi Filem ASEAN: Merentas sempadan - Dari Putrajaya ke Nusantara
BCCIC percaya kerjasama di antara negara mampu memposisikan jenama Borneo dalam peta dunia perfileman, berasaskan ciri-ciri tempatan yang unik dan istimewa.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Hubungan diplomatik Cuba-Malaysia terbina atas dasar hormat, persahabatan
Kedutaan Cuba di Malaysia menegaskan keakraban persahabatan serta saling menghormati yang menjadi asas kepada hubungan kedua-dua negara sejak ia terjalin pada 6 Feb 1975.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.