KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM392.9 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh 2018 sehingga 2021.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong berkata daripada jumlah tersebut, pelaburan bernilai RM300.5 bilion atau 76.5 peratus telah berjaya direalisasikan.
"Perincian FDI yang direalisasikan antara 2018 hingga 2021 adalah masing-masing 57.6 peratus bagi 2018; 75.6 peratus (2019); 62.2 peratus (2020) dan 87 peratus (2021). Data rasmi FDI yang diluluskan untuk 2022 akan hanya dimuktamadkan pada penghujung Mac depan.
"Secara lazimnya, pelaksanaan projek mengambil masa satu hingga dua tahun untuk direalisasikan, bergantung pada skala projek serta keadaan ekonomi semasa," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) mengenai jumlah FDI yang berjaya direalisasikan setiap tahun berbanding jumlah pelaburan diluluskan MIDA bagi tempoh 2018 hingga 2022.
"Kemasukan FDI berkualiti tinggi adalah penting untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan membawa kesan limpahan positif kepada negara dan rakyat melalui penjanaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat tempatan dan peluang perniagaan," katanya.
Liew turut menegaskan bahawa kerajaan melalui MITI dan MIDA sentiasa komited untuk menggembleng usaha bagi terus menggalakkan pelaburan domestik dan asing ke dalam negara.
Malah, katanya, bagi memastikan impak positif dari kemasukan FDI segera diterjemahkan kepada aktiviti ekonomi, MIDA telah melaksanakan pelbagai strategi proaktif bagi merealisasikan projek pelaburan.
Ini termasuk penubuhan Unit Percepatan dan Koordinasi Projek yang menyediakan fasilitasi menyeluruh kepada pelabur dengan cara mempercepat dan memudahkan lagi proses kelulusan agar projek pelaburan berkaitan dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan.
Menurutnya, MIDA juga memperkenalkan Portal InvestMalaysia iaitu platform permohonan dalam talian bagi mengoptimumkan fasilitasi pelaburan seperti kelulusan lesen pengilang untuk industri tidak sensitif yang dalam tempoh dua hari bekerja.
Ia turut memantau kemajuan pelaksanaan projek yang diluluskan menerusi kaji selidik status pelaksanaan yang dijalankan sebanyak dua kali setahun iaitu pada Jun dan Disember, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Liew Chin Tong berkata daripada jumlah FDI tersebut, pelaburan bernilai RM300.5 bilion atau 76.5 peratus telah berjaya direalisasikan.- Fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Malaysia terus ambil langkah proaktif pastikan kepentingan ekonomi, perdagangan kekal kukuh
Malaysia akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh di persada antarabangsa, menurut Kementerian Luar.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

WEF: Ketegangan ekonomi AS-China bukan hal baharu, Malaysia atur langkah lebih berhati-hati
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, ketegangan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan China bukanlah perkara baharu.

Lawatan kerja ke UK: PM bakal adakan pertemuan dengan Keir Starmer
Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri UK, Keir Starmer di No. 10, Downing Street pada 15 Januari.

PNB kekal optimis terhadap ekonomi Malaysia, prestasi FBM KLCI tahun depan
Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan.

Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan enam hari, indeks komposit naik 0.29 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari.

Sektor tenaga hijau mampu tarik pelaburan langsung asing ke Malaysia
"Kerajaan harus menyedari bahawa permintaan dunia kini bergerak ke arah penyelesaian yang lebih mesra alam."

MCMC jalin kerjasama dengan tiga pihak, tangani cabaran penjagaan kesihatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama strategik dengan tiga pihak dari luar negara bagi menangani cabaran penjagaan kesihatan.

NRES giat bangunkan Dasar Mineral Negara Ketiga - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempergiat usaha memperkukuh kawal selia bagi industri mineral menerusi kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3).

Strategi pelbagai hala kerajaan seimbangkan disiplin fiskal, pertumbuhan ekonomi - MIER
Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial.