MALAYSIA Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) bakal mengorak langkah lebih jauh dengan menyertai expo Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (Meetings, Incentives, Conferences, Exhibition, MICE) global dalam IBTM World 2023 di Barcelona, Sepanyol dari 28 hingga 30 November ini.

Bersama 15 pemain industri, yang merangkumi biro-biro negeri, hotel, pengendali pelancongan, dan pusat-pusat persidangan, Team Malaysia akan membawa tawaran-tawaran terbaharu, keupayaan luar biasa, dan semangat jitu negara sebagai destinasi kepada khalayak global.

Pemangku Ketua Pegawai Operasi MyCEB, Zain Azrai Rashid berkata, beliau percaya IBTM World dapat menjadi pentas yang baik untuk Malaysia berhubung dengan pasaran Eropah dan antarabangsa.

“Saya punyai keyakinan yang kuat bahawa penyertaan MyCEB serta industri ke IBTM World secara konsisten menjadi platform penting untuk negara  dan akan terus memainkan peranan tersebut.

“Kami sangat teruja untuk menyertai acara ini sekali lagi dan menjangkakan libat urus dengan para pemimpin industri global terkemuka.”

MyCEB akan memanfaatkan IBTM World (IBTM bermaksud Incentives, Business Travel & Meetings) sebagai pentas pelancaran antarabangsa untuk program 'MyTripleE', yang merupakan sebahagian daripada kempen 'Meet in Malaysia.'

Program 'MyTripleE' direka untuk menyediakan sokongan dan manfaat kepada para pemain industri antarabangsa, sama seperti apa yang ditawarkan kepada para pemain industri domestik.

“Ketika 2023 merekodkan 285 acara perniagaan secara keseluruhannya, menerima kunjungan sekitar 904,000 delegasi dan menyumbang RM4.4 bilion anggaran impak ekonomi kepada negara, ia satu petunjuk memberangsangkan bahawa pegangan Malaysia dalam industri acara perniagaan sudah semakin kuat,” tambah Zain.

Ketika penyertaan mereka dalam IBTM World, MyCEB dan perwakilan Malaysia akan memperagakan produk-produk dan pembangunan-pembangunan terbaharu di Malaysia yang menyerlahkan tawaran-tawaran negara kepada industri acara perniagaan.

Matlamatnya adalah untuk menarik para perancang dan penganjur acara perniagaan untuk memilih Malaysia sebagai destinasi mesyuarat, acara korporat, kumpulan insentif, persidangan dan pameran.

Kunjungi Pavilion Malaysia K55 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kempen 'Meet in Malaysia' yang sudah ditambahbaik dan program 'MyTripleE' yang merupakan kempen promosi global untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan.

Senarai perwakilan Malaysia di IBTM World bersama MyCEB adalah seperti berikut:

Biro-biro negeri:
Lembaga Pelancongan Sabah
Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang
Business Events Sarawak


Pusat-pusat persidangan:
Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL)
Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)


Hotel dengan kemudahan mesyuarat:
Amari Spice Pulau Pinang
Sunway Resort Hotel Sdn Bhd
Olive Tree Hotel Pulau Pinang
Four Seasons Malaysia (Langkawi & Kuala Lumpur)
Mandarin Oriental Kuala Lumpur


Penyedia produk dan perkhidmatan:
Malayan Safaris
Luxury Tours (Malaysia) Sdn Bhd
Asian Trails Malaysia