Malaysia akan terus menjadi tumpuan pelabur memandangkan keadaan ekonominya yang stabil, permintaan agregat kukuh dan rangka kerja perniagaan yang baik, kata Ketua Ekonomi International Quality Investments, Shan Saeed.
Penurunan penarafan Petronas oleh Fitch Ratings baru-baru ini tidak akan menjejaskan penarafan kredit berdaulat Malaysia, kata Shan, yang mengunjurkan penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat semula ke paras US$100 setong pada suku kedua tahun depan.
"Keyakinan ekonomi akan membantu pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia meningkat secara berstruktur.
"Pelabur asing dan tempatan membeli hartanah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Iskandar Johor," kata Shan pada majlis perangkaian Malaysian Alumni Chapter of the University of Chicago, Booth School of Business, Amerika Syarikat, pada Rabu.
Shan berkata Malaysia terletak di lokasi strategik di rantau ASEAN disebabkan oleh Selat Melaka.
"Lapan puluh peratus bekalan minyak China melalui selat itu.
"Malaysia bersama Vietnam dan Filipina akan menjadi antara ekonomi utama di ASEAN pada 2016 dengan keyakinan ekonomi yang tinggi," katanya.
Fitch Ratings baru-baru ini menurunkan penarafan mungkir penerbit mata wang asing dan tempatan jangka panjang Petronas kepada 'A-' daripada 'A'.
Agensi penarafan itu menjangkakan aliran tunai syarikat tersebut kekal lemah, mencerminkan jangkaan pemulihan perlahan harga minyak, perbelanjaan modal dan pembayaran dividen tinggi.
Ia juga menjangkakan minyak mentah Brent berada pada purata US$33 setong tahun ini dan kemudiannya meningkat kepada US$45 setong pada 2017 dan US$55 setong pada 2018.
Pada Khamis, Brent turun 10 cents kepada US$43.37 setong dalam sesi dagangan Asia.
Sementara itu Shan berkata prospek pasaran tenaga adalah positif dan harga dijangka meningkat secara berstruktur.
"Tiada lagi lebihan (minyak) dalam pasaran," katanya.
Sebaik sahaja harga minyak pulih, Shan berpendapat syarikat minyak termasuk Petronas akan mula mencatatkan keuntungan kerana minyak dan gas adalah keperluan utama bagi mana-mana ekonomi yang mencatatkan pertumbuhan.
"Malaysia berada di landasan pertumbuhan dan lebih baik berbanding banyak negara di Eropah dan Amerika Selatan," katanya.
Bernama
Thu Jul 28 2016
Penurunan penarafan Petronas oleh Fitch Ratings baru-baru ini tidak akan menjejaskan penarafan kredit berdaulat Malaysia. -Gambar fail
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Fitch Ratings sahkan penarafan 'BBB+' bagi IDR Malaysia, unjuran stabil
Penarafan itu disokong oleh pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh serta berleluasa, dipacu oleh pelaburan domestik dan asing yang kukuh.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Kadar dasar faedah capai paras tertinggi dengan penurunan agak perlahan
Ia menjangkakan Fed AS, ECB dan Bank of England melaksanakan pemotongan kadar, walaupun ia lebih perlahan daripada jangkaan pasaran.
Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan
MOF memaklumkan bahawa kerajaan mengalu-alukan pengesahan penarafan kredit berdaulat Malaysia dengan tinjauan stabil oleh Fitch.
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.
Pemulihan fiskal global perlahan pada 2022 dan 2023 - Fitch Ratings
Fitch berkata kadar faedah dasar yang semakin meningkat menandakan berakhirnya era kos pinjaman kerajaan yang sangat rendah.
Fitch Ratings kekalkan penarafan jangka panjang Malaysia, unjuran stabil
Menurutnya, Malaysia mempunyai prospek untuk pertumbuhan jangka sederhana yang meluas dan kukuh, disokong lebihan akaun semasa dan asas eksport yang pelbagai.
Penurunan penarafan oleh Fitch cerminkan kesan COVID-19 ke atas ekonomi negara - Mustapa
Mustapa berkata Malaysia tidak pernah memiliki rekod tidak membayar hutang malah prestasi pembayaran hutang oleh Malaysia adalah amat baik.
Asas kukuh tidak berubah, kekalkan dasar kewangan konservatif - Petronas
Petronas menegaskan asasnya yang kukuh membolehkan syarikat itu bertahan daripada turun naik dan kejutan dalam pasaran.
Ringgit jatuh berbanding dolar AS kerana kekurangan permintaan
Pada pukul 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0830/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0620 ketika ditutup Jumaat lepas.