KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat nilai eksport minyak sawit berjumlah RM40.51 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023 dengan kuantiti eksport sebanyak 9.66 juta tan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Menurut KPK, India merupakan pengimport utama minyak sawit Malaysia dengan nilai dan kuantiti masing-masing berjumlah RM7.08 bilion dan 1.81 juta tan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023.
"Manakala China pula merupakan pasaran kedua terbesar yang mencatatkan RM3.30 bilion dan 0.85 juta tan, diikuti oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah RM3.10 bilion dan 0.71 juta tan," kata KPK melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Rabu.
KPK menjawab pertanyaan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang ingin tahu secara lengkap jumlah eksport minyak sawit Malaysia mengikut negara berdasarkan nilai ringgit dan jumlah tan.
Kementerian berkata berdasarkan statistik daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia, pasaran utama dunia bagi eksport minyak sawit Malaysia ialah India, China, Kesatuan Eropah, Turkiye, Kenya, Jepun, Pakistan, Korea Selatan, Filipina dan Arab Saudi.
Mengenai soalan Azman berhubung halangan terkini yang menyekat pengeksportan minyak sawit ke mana-mana negara di dunia, KPK berkata EU telah mengeluarkan satu peraturan iaitu Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang akan berkuat kuasa pada tahun hadapan.
Peraturan EUDR itu adalah satu halangan perdagangan selain menambah beban pentadbiran dan meningkatkan kos pengeluaran yang seterusnya menjadikan minyak sawit kurang berdaya saing berbanding minyak sayuran lain di EU.
"Peraturan EUDR ini akan menyekat perdagangan bebas secara adil serta boleh mengakibatkan kesan buruk ke atas rantaian bekalan global.
"Malaysia dan Indonesia selaku pengeluar utama minyak sawit dunia sedang giat mengadakan libat urus dan perbincangan bersama barisan pemimpin tertinggi EU untuk menjelaskan implikasi negatif peraturan tersebut dari sudut ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
India merupakan pengimport utama minyak sawit Malaysia dengan nilai dan kuantiti masing-masing berjumlah RM7.08 bilion dan 1.81 juta tan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023. - Gambar hiasan/Pixabay
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
MPOC jangka cadangan tangguh pelaksanaan EUDR akan diluluskan Parlimen EU
Majlis Minyak Sawit Malaysia jangka Parlimen EU akan luluskan cadangan menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka lepasi 19 juta tan tahun depan - Penganalisis
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka melepasi 19 juta tan pada 2025 sekiranya fenomena La Nina yang kuat melanda, kata seorang penganalisis.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Lawatan Chan dari 8-12 Julai untuk mempromosikan agrikomoditi Malaysia di China telah menghasilkan empat memorandum persefahaman.
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta pada Jun - MPOB
Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta tan pada Jun 2024 daripada 1.75 juta tan pada Mei 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Julai 2024.
Stok minyak sawit Malaysia naik 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei - MPOB
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
ASEAN dan EU akan adakan mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama tentang minyak sawit
Komitmen ini ditekankan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Bersama ASEAN-EU (JCC) Ke-31 yang berlangsung di Jakarta pada Rabu.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.