KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata laporan daripada Pejabat Penyelidikan Makroekonomi Asean+3 (Amro) mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia baru-baru ini telah menonjolkan potensi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030, dipacu oleh peningkatan dalam aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI).
Katanya, pelan ke arah itu sudah pun tersedia khususnya bagi meningkatkan ekosistem elektrik dan elektronik (EE) negara termasuk menambah baik persekitaran perniagaan serta pelaksanaan cukai minimum global pada 2025.
Malaysia berdedikasi untuk menarik syarikat berteknologi tinggi dan menggalakkan kemajuan rantaian nilai dalam industri sedia ada.
"Melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, usaha juga sedang dibuat secara berterusan untuk memajukan ekosistem semikonduktor termasuk menarik fabrikasi wafer selain memajukan kapasiti pembungkusan, pemasangan, dan ujian bagi mengukuhkan kedudukan industri global Malaysia," katanya dalam jawapan kepada satu kiriman di laman X pada Ahad.
Tengku Zafrul membalas kiriman media kewangan tempatan yang memetik Amro mengenai ekonomi Malaysia dan kemuncak kitaran naik semikonduktor pada akhir tahun.
Menurut Amro, keluaran dalam negara kasar Malaysia dijangka berkembang sebanyak lima peratus tahun ini mengatasi purata Asean sebanyak 4.8 peratus.
Amro juga berkata pertumbuhan ekonomi dalam blok serantau itu dijangka bertambah baik, berdasarkan eksport yang lebih tinggi berdasarkan pengembangan kitaran dalam semikonduktor, pengukuhan berterusan dalam penggunaan barangan di Amerika Syarikat dan permintaan untuk perjalanan serta perkhidmatan.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata Semiconductor Equipment and Materials International (SEMI) telah melaporkan pemulihan industri pembuatan semikonduktor global, dengan kenaikan dalam jualan elektronik dan litar bersepadu.
Katanya lagi, sektor semikonduktor Malaysia, juga bersedia untuk pertumbuhan ketara pada separuh kedua 2024, disokong oleh unjuran Perangkaan Perdagangan Semikonduktor Dunia mengenai lantunan semula pasaran sebanyak 13.1 peratus.
"Malaysia mencapai paras tertinggi dalam sejarah pelaburan diluluskan iaitu sebanyak RM329.5 bilion pada 2023, menokok 23 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan pelaburan asing membentuk 57.2 peratus daripada jumlah keseluruhan," kata Tengku Zafrul.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024

Menurut Amro, KDNK Malaysia dijangka berkembang sebanyak lima peratus tahun ini mengatasi purata ASEAN sebanyak 4.8 peratus. - Gambar hiasan/BERNAMA
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.

Kerangka Ekonomi Madani: Masih banyak penambahbaikan perlu dilakukan - Polity
Masih banyak penambahbaikan yang digariskan dalam kerangka Ekonomi Madani termasuk usaha bantuan asas rakyat serta meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan negara perlu dilakukan.

Malaysia percepat peralihan ke arah status negara berpendapatan tinggi
Rancangan pembangunan ekonomi terkini menumpukan kepada pembaharuan transformasi untuk meningkatkan daya saing global.

Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.

Malaysia berpotensi menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030 - Amro
Malaysia berdedikasi untuk menarik syarikat berteknologi tinggi dan menggalakkan kemajuan rantaian nilai dalam industri sedia ada.

Malaysia berada di landasan untuk jadi negara berpendapatan tinggi pada akhir dekad ini - AMRO
Malaysia disokong oleh aliran masuk FDI yang kukuh dan sektor pembuatan yang rancak terutama dalam industri semikonduktor.

KMF 2023: Nilai semula sistem 'patronage', ganjaran kepada penyokong parti politik
Amalan memberi konsesi atau kontrak kepada kumpulan yang terpilih, bukan sesuatu sistem ekonomi yang inklusif dan sofistikated.

Kerajaan persiap negara tempuh fasa kedua KSP RMK12 - PM Anwar
Sebanyak 17 anjakan dan 71 inisiatif utama telah diperkenalkan bagi memastikan keberhasilan perkara disasarkan tersebut.

Ekonomi Madani perlu dilaksana dengan tekad, bebas Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata, dasar ekonomi serta kewangan hari ini bakal menentukan hala tuju dan trajektori pembangunan pada masa hadapan.

Wajibkan sistem upah berkait produktiviti - Ahli Majlis NCCIM
Gesaan itu bertujuan untuk memaklumkan bahawa sistem gaji di Malaysia semakin ketinggalan zaman dan perlu diubah.

Kementerian Ekonomi tumpu tiga perkara utama bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama tahun ini bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2026.