KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama tahun ini bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada 2026.
Ini termasuklah pengukuhan fiskal dengan menumpukan kepada peningkatan hasil dan rasionalisasi perbelanjaan termasuk subsidi yang lebih bersasar, kata Kementerian Ekonomi.
Ia berkata kerajaan juga akan mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu termasuk industri berteknologi tinggi dan mengutamakan pendigitalan seperti elektrik dan elektronik, aeroangkasa, pertanian pintar dan biojisim serta mereformasi struktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi.
Katanya tumpuan kepada tiga perkara utama tersebut adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang turut memberi penekanan kepada mengembangkan ekonomi berasaskan sektor perkhidmatan, memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta menggalakkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi.
"Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita pada harga semasa meningkat daripada RM42,823 pada tahun 2020 kepada RM52,819 pada tahun 2022," kata Kementerian Ekonomi dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Khamis.
Kementerian Ekonomi berkata demikian bagi menjawab soalan Prabakaran M Parameswaran (PH-Batu) yang meminta kerajaan menyatakan cara paling tuntas bagi menaikkan pendapatan negara untuk mengimbangi kos sara hidup yang tinggi.
Menurut kementerian tersebut, sektor swasta digalak memainkan peranan penting sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negara dan pemacu produktiviti di peringkat sektor dan perusahaan.
"Platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) akan diaktifkan semula bagi mempercepat dan memudahkan urusan perniagaan dan industri serta menjalin hubungan strategik yang kukuh di antara pihak kerajaan dan swasta," kata kementerian itu lagi.
Kementerian Ekonomi berkata model ekonomi negara perlu disesuaikan dengan keadaan semasa dan penekanan perlu diberikan untuk mereformasikan struktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi bagi mengukuhkan pertumbuhan dalam semua sektor.
"Sumber ekonomi akan ditumpukan untuk membina keupayaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) yang berupaya menyokong perluasan dan pengoptimuman teknologi 4IR, iaitu kecerdasan buatan (AI), internet pelbagai benda (IoT), blockchain, pengkomputeran awan dan analitis data raya serta bahan dan teknologi termaju.
"Kerajaan juga akan memberi penekanan kepada sumber pertumbuhan yang berpotensi seperti sektor berkaitan pelancongan serta yang berasaskan pertanian dan komoditi.
"Industri yang berasaskan komoditi, terutamanya dalam sektor pembuatan akan meningkatkan nilai tambah dalam rantaian bekalan di samping mengukuhkan daya tahan negara," kata kementerian itu bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) berhubung reformasi struktur dan transformasi ekonomi yang diperlukan untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Kementerian Ekonomi berkata semakan semula sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi akan turut dilaksanakan.
"Malaysia masih mempunyai jurang sebanyak 9.1 peratus untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi.
"Nilai ambang PNK perkapita minimum yang ditetapkan oleh Bank Dunia adalah sebanyak AS$13,206 pada tahun 2021, dan semakan awal menunjukkan Malaysia dijangka mencapai status negara berpendapatan tinggi di antara tahun 2025 hingga 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Malaysia masih mempunyai jurang sebanyak 9.1 peratus untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 6 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (05 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Asia Barat: Rakyat Syria kembali ke kampung, kebumikan ahli keluarga
Pernah menjadi kubu kuat pembangkang semasa era presiden Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad, penduduk Jobar berkata ia adalah kawasan larangan bagi mereka sejak 2018.
Suara Rakyat: Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.
Rumah terbakar ketika peperiksaan, dua beradik tempuhi cabaran
Dua beradik dari Taman Seri Jaya di Perling, Johor Bahru terpaksa menempuhi cabaran apabila kediaman keluarga mereka hangus terbakar pada malam Jumaat lalu, sekaligus memusnahkan segala barangan keperluan mereka untuk menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada Isnin dan Selasa ini.
Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
Ahli UMNO tanggung risiko sendiri jika sertai - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Isnin ini.
Lelaki menyamar polis untuk samun warga asing ditahan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang pada Sabtu.
Lelaki ditahan bersama lebih 3kg syabu di Batu Pahat
Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,080 gram (g) dadah jenis syabu bernilai RM96,000 di sebuah rumah di Jalan Simpang Lima, di Batu Pahat pada Khamis lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar, PKPS puji inisiatif Kementerian Ekonomi
Hasil pertama projek cili fertigasi yang kini dalam proses penuaian menandakan pelancaran Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci sebelum bentang kepada Kabinet - Rafizi
Kementerian Ekonomi sedang memperincikan kumpulan T15 dalam tempoh sebulan ini dengan kerjasama Kementerian Kewangan, sebelum dibentangkan kepada Kabinet.
Kementerian Ekonomi mula gerak kerja RMK13, dijangka bentang di Parlimen suku ketiga 2025
RMK-13 perlu dirangka dengan lebih holistik, strategik dan inklusif bagi mencapai matlamat Ekonomi MADANI.
PM Anwar tiba di Laos hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Laos untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan bermula esok.
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
Kementerian Ekonomi akan mula inisiatif 'MADANI Mendengar', kumpul input rakyat untuk RMK-13
Kementerian Ekonomi bersedia untuk melancarkan siri sesi libat urus dan kumpulan berfokus di seluruh Malaysia bermula akhir bulan ini.
Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM
Setakat ini 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Pelan tindakan permudah jalankan perniagaan di peringkat akhir persiapan - Rafizi
Kementerian Ekonomi dan Perbadanan Produktiviti Malaysia sedang di peringkat akhir persiapan untuk membentangkan pelan tindakan menambah baik kecekapan proses dan prosedur serta reformasi struktur bag