KUALA LUMPUR: Malaysia telah berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM81.9 bilion daripada 240 syarikat tahun ini.
Menurut Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kesemua pelaburan itu berkualiti tinggi termasuk pelaburan dalam sektor teknologi, inovasi, teknologi hijau, kenderaan elektrik dan teknologi kewangan.
Beliau berkata dasar pelaburan berkualiti tinggi itu turut diamalkan ketika misi perdagangan dan pelaburan di Korea dan Jepun pada awal April sehingga berjaya menarik pelaburan hampir RM7 bilion.
"Ketika saya berada di Seoul, Korea dan mengadakan perbincangan lanjut dengan pimpinan tertinggi SK Nexilis, mereka telah bersetuju untuk melipatgandakan pelaburan mereka di Sabah daripada RM2.3 bilion kepada RM 4.24 bilion," katanya dalam Buletin Utama TV3 hari ini.
Azmin berkata syarikat gergasi Jepun turut menunjukkan komitmen pelaburan yang sama termasuk pembekal komponen elektronik,Taiyo Yu-den yang berhasrat melabur RM3.75 bilion bagi mengembangkan operasinya di Sarawak.
Oleh itu, katanya potensi pelaburan di Sabah dan Sarawak turut membuktikan kerajaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada Lembah Klang atau Semenanjung Malaysia.
Katanya, Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan utama bagi pelabur asing walaupun ada tanggapan bahawa syarikat-syarikat multinasional meninggalkan negara.
"Dengan fakta yang telah saya berikan ini, hanya sebahagian kecil daripada apa yang telah dipersetujui, membuktikan Malaysia masih lagi menjadi destinasi pelaburan utama," katanya.
Azmin berkata sebanyak RM44 bilion kini berada di pelbagai peringkat penilaian pelaburan asing untuk masa akan datang.
Beliau dijadualkan berlepas ke Arab Saudi pada minggu depan bagi misi perdagangan dan pelaburan yang seterusnya.
Malaysia mencatatkan RM164 bilion pelaburan yang diluluskan melalui 4,599 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Azmin berkata dasar pelaburan berkualiti tinggi itu turut diamalkan ketika misi perdagangan dan pelaburan di Korea dan Jepun pada awal April sehingga berjaya menarik pelaburan hampir RM7 bilion. - Gambar fail
AWANI Tonight: Tupperware Brands set to file for bankruptcy
Tupperware Brands is preparing to file for bankruptcy after a year-long effort to revive the business, as it faces mounting debt and a sharp decline in demand for its once iconic plastic containers.
AWANI Tonight: Should M'sia implement stricter controls for children on social media?
Dr Benjamin Loh from Taylor's University shares his insights about the necessity for setting a minimum age limit for children to use social media in Malaysia.
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Peralihan tenaga bersih di KHTP boleh jadi teladan taman perindustrian lain
Usaha peralihan tenaga bersih yang dilaksanakan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) boleh dijadikan contoh kepada taman teknologi perindustrian di seluruh negara.
Sektor perkhidmatan kekal dominasi ekonomi Melaka - Ab Rauf
Sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia mampu melebihi sasaran 5.0 peratus pada 2024 - MIER
Pertumbuhan itu akan didorong oleh kestabilan politik, asas-asas makro, aliran masuk FDI dan pelaburan yang direalisasikan.
MARC: Malaysia kekal miliki kelebihan di sebalik peralihan perdagangan global
Prestasi eksport Malaysia yang kukuh pada Julai menunjukkan negara mendapat manfaat susulan daripada beralihnya perdagangan global, menurut Malaysia Rating Corp Bhd (MARC).
Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi
Kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS beri tekanan tambahan kepada sektor teknologi
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian, IK naik 2.46 pct
Bursa Malaysia kembali ke zon positif selepas ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aktiviti belian saham-saham yang berharga rendah.
Momentum pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka mereda memasuki separuh kedua 2024
Momentum pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dijangka mereda memasuki Separuh Kedua 2024 (2H 2024).
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam persekitaran ketidaktentuan ekuiti global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini kerana peserta pasaran sebahagian besarnya memilih untuk berada di luar pasaran dan kekal berhati-hati terhadap turun naik yang tinggi dalam ekuiti global.
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal
Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.57 kepada 1,584.80 daripada 1,590.37 pada Jumaat lepas.