KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini, meneruskan aliran penurunan daripada aktiviti pengambilan untung minggu lepas.
Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.57 kepada 1,584.80 daripada 1,590.37 pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.50 mata kepada 1,589.87.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 425 berbanding 152, dengan 388 kaunter tidak berubah, 1,472 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 574.26 juta unit bernilai RM259.72 juta.
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat lepas, merosot berikutan jualan lewat.
Sementara itu, saham Eropah susut berikutan laporan ekonomi benua yang lemah. Pada masa yang sama, banyak indeks Asia juga rendah, dengan Hang Seng Hong Kong berkurangan 1.7 peratus dan Kospi Korea Selatan merosot 0.8 peratus.
"Walaupun turun naik meningkat, kami mengekalkan prospek optimis yang berhati-hati untuk pasaran tempatan.
"Oleh itu, kami menjangka aktiviti belian saham pada harga rendah akan menguasai pasaran dan indeks petunjuk pasaran diniagakan dalam julat 1,590-1,600 hari ini," kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng kepada Bernama.
Bagaimanapun, katanya perspektif jangka panjang adalah positif, disokong oleh penilaian yang menarik, pendapatan korporat yang kukuh, pelaburan langsung asing yang meningkat dan keadaan ekonomi yang bertambah baik.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot tiga sen kepada RM9.83, Tenaga Nasional susut 14 sen kepada RM13.58, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing berkurangan satu sen kepada RM3.99 dan RM6.17 serta CIMB merosot dua sen kepada RM6.77.
Bagi saham aktif, Ignenieur Gudang tidak berubah pada 6.5 sen, GDB Holding naik empat sen kepada 37 sen, Techbase Industries menambah 4.5 sen kepada 25 sen dan Kinergy Advancement meningkat 1.5 sen kepada 38 sen manakala JCY International merosot 4.5 sen kepada lapan sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 51.80 mata kepada 12,193.03, Indeks FBMT 100 merosot 46.54 mata kepada 11,769.44 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 52.65 mata kepada 12,526.52.
Indeks FBM 70 jatuh 89.52 mata kepada 17,837.59 dan Indeks FBM ACE merosot 25.43 mata kepada 5,763.62.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 68 mata kepada 17,348.53, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.59 mata kepada 197.20, Indeks Tenaga merosot 5.85 mata kepada 957.15 dan Indeks Perladangan turun 19.38 mata kepada 7,009.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
![Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.57 kepada 1,584.80 daripada 1,590.37 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Dagang News
![NSFC sahkan pemain import diragut NSFC sahkan pemain import diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719763779_NegeriSembilanFoot.jpg)
NSFC sahkan pemain import diragut
Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) hari ini mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.
Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 90 pelajar dan sembilan pendidik mengalami keracunan selepas dipercayai memakan ayam goreng di kantin tersebut, Khamis lepas.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Jun 2024.
Jambatan 'mega' China-Hong Kong mula dibuka
Projek mega merentas laut itu dijangka memendekkan perjalanan antara Shenzhen dan Zhongshan daripada dua jam kepada 30 minit.
![Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719762287_shenzhenzhongshanb.jpg)
Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas
Laluan pengangkutan baharu itu mempunyai lapan lorong yang direka untuk kelajuan sehingga 100 km sejam.
Jepun lancar wang kertas baharu guna holografi canggih
Menurut kerajaan, hampir 7.5 bilion wang kertas baharu akan dicetak menjelang akhir Mac tahun depan manakala wang kertas sedia ada akan tetap sah walaupun selepas wang kertas baharu diperkenalkan.
Rishi Sunak sifatkan demokrasi UK paling berjaya
Sunak merujuk kepada komen yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan, yang dibuat penyokong Parti Reform UK yang beraliran kanan, Nigel Farage.
'Freedom Edge' ibarat cipta NATO versi Asia
Korea Utara menyifatkan latihan ketenteraan antara tiga negara - Jepun, Amerika Syarikat dan seteru terdekatnya, Korea Selatan bagaikan mencipta NATO versi Asia.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
Tumpuan Isnin – 01 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719761555_Ewonberibantuanse.jpg)
Ewon beri bantuan segera RM20,000 untuk mangsa banjir di Penampang
Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick malam ini menyalurkan bantuan segera RM20,000 bagi membantu mangsa banjir di Penampang.
![Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590550335_BursaMalaysia.jpg)
Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587960040_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.
![Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41588734275_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
![Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51586920767_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.