Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia begitu mengharapkan penubuhan kilang pemasangan automotif Proton Holdings Berhad di Pakistan.
Beliau membuat pengumuman itu dalam ucapannya pada majlis Anugerah Pencapaian Antarabangsa Dewan Perniagaan dan Industri Rawalpindi (RCCI) ke-32 di sini malam semalam.
"Saya juga ingin mencadangkan kepada ahli perniagaan Malaysia untuk meninjau pelbagai peluang perdagangan yang ada di Pakistan.
"Terdapat potensi besar yang belum diterokai bagi meningkatkan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Pakistan," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden RCCI Malik Shahid Saleem, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim.
Dr Mahathir berkata Malaysia komited untuk menyediakan persekitaran mesra perniagaan dan kerjasama bagi sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melabur di sini.
Perdana Menteri menegaskan Malaysia dan Pakistan merupakan dua negara bersahabat dengan jumlah penduduk 224 juta, dengan itu menjadi pasaran pengguna yang sangat besar.
“Hubungan kita yang unik dan rapat ini perlu dipergunakan supaya kita dapat memanfaatkan pasaran besar ini untuk kelebihan kedua-dua negara.
“Memandangkan masing-masing mempunyai industri dan aktiviti ekonomi yang unik, kita mempunyai banyak bidang untuk diusahakan, tanpa harus bersaing satu sama lain.
“Malah, memandangkan Malaysia berharap untuk tingkatkan kerjasama yang lebih tinggi, pertukaran pengetahuan dan pengembangan perdagangan dengan Pakistan, kami amat berharap dapat menjalin kerjasama yang saling melengkapi satu sama lain,” katanya.
Dr Mahathir menegaskan Malaysia dan Pakistan perlu berkongsi kekuatan dan mengatasi kelemahan masing-masing untuk muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi global.
“Saya gembira kerana Perdana Menteri Pakistan Tuan Yang Terutama Imran Khan berkongsi sentimen yang sama dan sangat berminat meneroka semua peluang yang ada dalam hubungan dua hala kita,” katanya.
Dr Mahathir berpendapat komuniti perniagaan adalah tulang belakang ekonomi, oleh itu kedua-dua pemimpin boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.
Pada majlis itu, Anugerah Jenama Terbaik disandang oleh G’Five Mobile Pvt Ltd, manakala MIA Corporation merangkul Anugerah Kecemerlangan Pelanggan dan Anugerah Kepimpinan dalam Pendidikan Global dikurniakan kepada Datuk Tiffanee Marie Lim, sementara Mari Petroleum Pvt Ltd memenangi Anugerah Syarikat Paling Pantas Berkembang.
Bernama
Tue Jul 09 2019

Dr Mahathir menerima momento daripada Malik (kanan) dan Ketua Kumpulan RCCI Sohail Altaf sempena majlis Anugerah Pencapaian Antarabangsa RCCI ke-32 malam tadi, 9 Julai, 2019. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Malaysia berhasrat wujudkan kilang pemasangan Proton di Pakistan - Dr Mahathir
Dr Mahathir juga mencadangkan kepada ahli perniagaan Malaysia untuk meninjau pelbagai peluang perdagangan yang ada di Pakistan.