Malaysia akan mengekalkan peranannya sebagai pemimpin dalam memastikan Komuniti ASEAN yang baru diwujudkan, berkembang lebih rapat dalam semua sektor.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata ASEAN yang rapat dan bersepadu akan memacu banyak manfaat kepada negara anggota, sama ada dalam perdagangan, pelaburan atau pelancongan.
"Prestasi ASEAN sangat baik berbanding rantau lain di dunia. Oleh itu kami sangat yakin terhadap rantau ini dan prospeknya," katanya semasa jamuan malam pada Selasa bersama komuniti perniagaan dan profesional Malaysia di Thailand.
Majlis itu berlangsung di Kedutaaan Malaysia di sini.
Komuniti ASEAN diwujudkan secara rasminya pada Disember tahun lepas semasa kepemimpinan Malaysia mengetuai kumpulan serantau itu, dan Kuala Lumpur kata Mustapa akan mengekalkan peranannya sebagai pemimpin dalam usaha untuk merapatkan lagi rantau ini.
Beliau akan mengunjungi lebih banyak negara ASEAN tahun ini bagi menjalin hubungan dan rantaian yang lebih baik ke arah meningkatkan penyepaduan kumpulan 10 anggota itu.
Mustapa berkata setiap negara anggota ASEAN mempunyai kekuatan masing-masing, dengan memetik Thailand sebagai peneraju dalam sektor automotif, pelancongan dan pertanuan manakala Malaysia dalam sektor perbankan, elektrik dan elektronik serta Teknologi Maklumat.
"Kita perlu melihat antara satu sama lain dan membuat perbandingan. Kita juga perlu belajar daripada satu sama lain. Malaysia boleh belajar dari Negara anggota lain ASEAN berasaskan kekuatan mereka dalam sektor yang relevan," katanya.
Beliau berkata kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa, seperti yang dicapai, antara lain, oleh Petronas, Khazanah Nasional, Sime Darby dan Felda Global Ventures (FGV).
Dalam negara, Mustapa berkata ekonomi negara kini berhadapan cabaran, termasuk kejatuhan harga minyak yang menjejaskan hasil kerajaan, memandangkan 30 peratus daripada sumber pendapatan negara disumbangkan oleh minyak dan gas pada tahun lepas.
"Tahun ini kerajaan menyasarkan minyak dan gas akan menyumbang 20 peratus kepada pendapatan negara. Namun, sebarang kekurangan dalam pendapatan diimbangi oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)," katanya.
Satu lagi cabaran ayng dihadapi oleh ekonomi tempatan ialah harga komoditi - minyak sawit dan getah - yang rendah yang sebahagian besarnya berpunca daripada ekonomi China yang perlahan.
Mustapa akan menghadiri seminar perdagangan Malaysia-Thailand hari ini, sebelum meneruskan perjalanan ke Chiangmai pada lewat petang untuk menghadiri pemukiman Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) yang bermula esok.
Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain.
Bernama
Wed Mar 02 2016
![Malaysia akan teruskan usaha tingkatkan penyepaduan komuniti ASEAN - Mustapa Malaysia akan teruskan usaha tingkatkan penyepaduan komuniti ASEAN - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41451982818_MustapaMohamed.jpg)
MUSTAPA: Prestasi ASEAN sangat baik berbanding rantau lain di dunia. Oleh itu kami sangat yakin terhadap rantau ini dan prospeknya. - Gambar fail
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720449649_TBHarimauMalaya.jpg)
Garrido tuntut skuad baharu B-19 bukti kemampuan di Indonesia
Garrido mencabar barisan pemain baharu untuk membuktikan bahawa mereka layak bergelar juara bertahan apabila menggalas cabaran negara pada Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya.
![Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720051183_tbNgaKorMing.jpg)
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
!['Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM 'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719994055_TBAnwarIbrahim.jpg)
'Adalah memalukan jika tiada identiti, semangat budaya dalam seni bina' - PM
Selain aspek kecanggihan teknologi, pembangunan tidak boleh menyisihkan keperluan masyarakat dan ia perlu mempunyai rangka serta dasar yang jelas.
![Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719887508_MohamadHasan.jpg)
Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan lawatan tersebut juga tersebut juga adalah bersempena ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Filipina.
![Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646604760_PheeJinqEn.jpg)
Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang
Phee Jinq mengambil keputusan untuk melupakan seketika kolam renang selepas kejayaan menyumbang pingat emas dan perak kepada kem negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
![Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719578796_MalaysiaKorea.jpg)
Malaysia, Korea Selatan adakan rundingan dua hala
Malaysia dan Korea Selatan mengadakan Mesyuarat Rundingan Dua Hala ke-9 Korea-Malaysia di Putrajaya pada Rabu (26 Jun), menurut Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.