Penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan menjadikan negara ini lebih kompetitif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata, perkara itu dinyatakan oleh wakil-wakil daripada Majlis Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)-Amerika Syarikat (AS) dalam pertemuannya bersama anggota Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perdagangan AS di Manila, Filipina, pada Selasa.
"Mereka juga mengalu-alukan negara ASEAN lain mengikut jejak langkah Malaysia menyertai TPP.
"Wakil perniagaan berkenaan turut menyampaikan penghargaan kepada Malaysia di atas usaha kita menyelesaikan proses rundingan yang kini masih dalam peringkat domestik," katanya dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, wakil daripada Majlis Perniagaan APEC-AS itu turut memuji pendekatan mesra niaga kerajaan dan pulangan daripada pelaburan mereka di Malaysia.
Katanya, pujian dan keyakinan oleh wakil-wakil perniagaan itu membuktikan bahawa dasar kerajaan, antaranya Dasar Transformasi Ekonomi berkesan dan mendapat sambutan negara luar, terutama daripada komuniti perniagaan.
Najib kini berada di Manila bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin APEC ke-23.
Shuhami Zabri
Wed Nov 18 2015
Perdana Menteri berkata, wakil daripada Majlis Perniagaan APEC-AS itu turut memuji pendekatan mesra niaga kerajaan dan pulangan daripada pelaburan mereka di Malaysia. - Foto Bernama
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Panduan Dasar APEC akan sediakan rangka kerja untuk negara anggota
Usaha itu bukan sahaja akan menyokong matlamat setiap negara tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada agenda penyahkarbonan global.
Gyeongju, Korea Selatan dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2025
Jawatankuasa Persediaan untuk Sidang Kemuncak APEC memilih Gyeongju sebagai lokasi untuk sidang kemuncak yang dijadualkan pada November.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
APEC tidak boleh goyah dalam menyokong kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Katanya, platform tersebut mesti meningkatkan manfaat perjanjian perdagangan pelbagai hala.
Dunia perlu agenda perubahan, capai kejayaan bersama - MITI
Dunia memerlukan agenda perdagangan baharu yang tidak terikat dengan klise lama.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Anwar kutuk Israel depan Joe Biden
Anwar menggunakan setiap ruang yang ada pada pertemuan tersebut untuk membangkitkan isu penindasan berterusan terhadap rakyat Gaza.
PM Anwar laung seruan selamatkan penduduk Gaza, wakili ekonomi pesat membangun di APEC 2023
Mesej PM di setiap platform mudah dan jelas - pembunuhan dan kekejaman di Gaza perlu dihentikan dan tidak ada pilihan lain lagi.