Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan mengimbangi semula jumlah kumpulan pesawatnya dengan memperkenalkan lebih banyak pesawat badan besar dalam tempoh lima tahun akan datang, yang berpotensi membawa hasil tinggi dan mengurangkan kos operasi.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Peter Bellew berkata usaha ini akan memberikan penjimatan kos sebanyak lima hingga 20 peratus kepada syarikat penerbangan nasional itu dan juga keanjalan operasi bagi laluan jarak jauh pada masa depan.
Beliau berkata ketika ini MAB memiliki terlalu banyak pesawat badan kecil dan tidak cukup pesawat badan besar bagi laluan yang sesuai untuk strategi pada masa hadapan.
"Kami akan terus menyesuaikan diri ketika pasaran semakin bertambah baik dan apabila peluang timbul. (Kami) akan melihat bagaimana keadaannya nanti.
"Kami mahu mengimbangkan bagi tempoh lima tahun akan datang hampir kepada 50-50 peratus dan itulah yang biasa dilakukan oleh syarikat penerbangan nasional dengan perkhidmatan premium.
"Secara realistiknya kami akan mengimbangkan semula dengan segera dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya pada taklimat media mengenai kemajuan rancangan penyusunan semula MAB, di sini, pada Rabu.
Di bawah pelan Fleet Strategy 2017-2022, Bellew berkata syarikat penerbangan itu merancang mengurangkan jumlah kumpulan pesawat badan kecil kepada 45 menjelang 2022 daripada 48 sekarang, manakala pesawat badan besar kepada 35 daripada 21 pesawat.
Dari segi peratusan, jumlah kumpulan pesawat MAB akan terdiri daripada 56 peratus pesawat badan kecil dan 44 peratus pesawat badan besar daripada nisbah 70:30 pada masa ini.
Enam pesawat badan besar A330-220 yang baru dibaikpulih, akan dipajak daripada syarikat pajakan pesawat AerCap Holdings NV, yang dijangka tiba mulai Februari 2018.
"Nilai terbaik adalah, apabila anda membeli terus daripada pengeluar, anda akan mendapat semua faedah -- urus niaga, latihan, jaminan dan lain-lain (asas kos rendah dan keselesaan penumpang berkualiti tinggi)," katanya, sambil menambah pesawat yang dipajak itu akan menggantikan pesawat badan kecil Boeing 737-800 yang ketika ini digunakan bagi laluan Mumbai, Delhi, Bali dan Perth.
Langkah ini akan menambah baik produk dengan kos yang kurang berbanding mengendalikan B737, katanya.
Bellew berkata MAB akan menggunakan enam pesawat Airbus 380 bagi jemaah haji dan umrah, serta operasi sewaan, dan sebuah syarikat penerbangan baharu akan diwujudkan tidak lama lagi untuk menjalankan perkhidmatan itu.
Ini berada di bawah inisiatif MAB sebelum ini di bawah pelan penstrukturan semulanya dikenali sebagai Project Amal (sebelum ini dikenali sebagai Hope) dan projek tersebut sedang berjalan lancar yang dijangka memulakan operasi pada 2019.
Bellew berkata MAB kini dalam usaha menghentikan secara berperingkat enam daripada pesawat B738 yang akan digantikan selepas serahan pesawat A330 Neo dan B787-9 Dreamliner yang baharu.
Mengenai tempahan B787-9 Dreamliners, beliau berkata, ia akan memberi manfaat kepada syarikat penerbangan itu memandangkan pesawat tersebut akan mengurangkan kos operasi dari segi kecekapan bahan api dan penyenggaraan.
Beliau berkata, cadangan pembelian itu berpotensi membawa perolehan lebih tinggi kepada MAB pada masa depan dengan lebih banyak kekerapan penerbangan dan keanjalan kargo.
Selain itu, Bellew berkata, kumpulan pesawat baharu itu berupaya menyokong operasi penerbanganjarak sederhana dan jauh MAB dari Kuala Lumpur ke destinasi Eropah, serta laluan jarak jauh berpotensi lain pada masa depan.
"Kos B787-9 bagi tempoh 10 hingga 12 tahun akan datang tidak banyak berbeza daripada kos A330. Bagaimanapun, pesawat tersebut memberi peluang fleksibel, sama ada kami mahu memasuki semula pasaran (jarak jauh) itu (setelah MAB menamatkan penerbangan bagi laluan jarak jauh yang kurang beruntung seperti Amsterdam dan Frankfurt)," katanya.
Mengenai bagaimana MAB membiayai strategi kumpulan pesawatnya, Bellew berkata tiada tambahan kos, malah ia akan mengurangkan keseluruhan kos.
"Pajakan itu adalah bayaran sewa pelbagai. Pembiayaan kami tidak akan membawa perbezaan bagi masa depan kami berbanding apa yang ada pada hari ini, memandangkan kos pajakan pesawatadalah lebih rendah, atau menjadi lebih rendah berbanding kos pajakan sedia ada.
"Jadi, ia adalah usaha kami dalam menyediakan setiap tempat duduk penumpang, (yang pada akhirnya) kos pajakan akan menjadi lebih rendah pada tahun-tahun akan datang berbanding sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2017
Peter Bellew berkata ketika ini MAB memiliki terlalu banyak pesawat badan kecil dan tidak cukup pesawat badan besar bagi laluan yang sesuai untuk strategi pada masa hadapan. -Gambar fail
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.
MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.
Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
Malaysia Aviation Group sertai CEO Action Network perkasa perniagaan mampan
Malaysia Aviation Group Bhd sertai CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
MAVCOM lapor 32 peratus penyusutan dalam aduan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menerima 2,083 aduan pada separuh pertama 2024, penyusutan 32 peratus daripada 3,063 aduan yang diterima dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.