KUALA LUMPUR: Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG) telah memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu.
Pada majlis menandatangani memorandum persefahaman untuk pesanan rasmi, MAG menjelaskan perjanjian awal merangkumi pemerolehan 20 pesawat, yang mana, 10 akan dibeli daripada Airbus dan 10 lagi dipajak daripada Avolon yang berpangkalan di Dublin.
Ketua Pegawai Eksekutif MAG Izham Ismail berkata pembelian A330neo adalah peningkatan semula jadi daripada armada A330ceo semasanya.
"A330neo bukan sahaja akan menyediakan pemodenan armada serta melonjakkan kecekapan operasi, ia juga akan memenuhi sasaran alam sekitar melalui pengurangan pembakaran bahan api bagi setiap tempat duduk, sambil memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang yang menjadi terasnya," katanya dalam satu kenyataan.
"Ini merupakan pencapaian penting ketika MAG bergerak ke arah pelaksanaan Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 yang akan meletakkan diri kami sebagai kumpulan perkhidmatan penerbangan yang terkemuka di rantau ini," katanya.
Model A330neo, yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000, akan menyertai armada enam pesawat jarak jauh A350-900s dan secara beransur-ansur menggantikan pesawat 21 buah A330ceo milik syarikat penerbangan itu. Perjanjian dengan pengeluar enjin Rolls-Royce dan Avolon turut dimeterai pada majlis tersebut.
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan A330neo di rangkaiannya yang meliputi Asia, Pasifik dan Timur Tengah.
Menggabungkan enjin generasi terkini, reka bentuk sayap canggih serta pelbagai inovasi aerodinamik, pesawat berkenaan menawarkan pengurangan sehingga 25 peratus dalam penggunaan dan pelepasan bahan api termasuk mampu terbang 7,200 batu nautika atau 13,300 kilometer tanpa henti.
Malaysia Airlines akan mengubah suai armada A330neonya dengan susun atur premium yang akan menempatkan 300 penumpang dalam dua kelas.
Selain pembaharuan dalam armada badan lebar, Airbus serta MAG turut menandatangani surat hasrat untuk mengkaji kerjasama yang lebih luas dalam bidang kelestarian, latihan, penyelenggaraan dan pengurusan ruang udara.
Ketua Pegawai Komersial dan Ketua Antarabangsa Airbus, Christian Scherer berkata Malaysia Airlines merupakan antara syarikat penerbangan Asia yang hebat dan Airbus berbangga menjadi pembekal pesawat badan lebar yang menjadi pilihannya.
Beliau berkata ini adalah "pengiktirafan yang jelas" ke atas A330neo sebagai opsyen yang paling cekap dalam kategori saiz ini bagi pengoperasian premium.
"Ia juga merupakan pemenang mutlak daripada segi keselesaan dalam penerbangan dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk membentuk ruang kabin yang terunggul," katanya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi penggantian pesawat MAG di Putrajaya hari ini berkata kerajaan menyokong pelaburan jangka panjang kumpulan itu dalam usaha memperoleh antara pesawat moden yang terbaik ke dalam perkhidmatannya.
"Ia bukan sahaja relevan untuk meremajakan armada syarikat penerbangan yang semakin tua agar kekal berdaya saing serta bertujuan memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan globalnya tetapi juga sejajar dengan komitmen bersama kami ke arah penerbangan yang lestari di Malaysia bagi menyokong usaha penyahkarbonan yang lebih luas termasuk memenuhi sasaran global," katanya sebelum menyaksikan pemeteraian itu.
Wee berkata kerajaan kagum dengan pembaharuan armada MAG yang disifatkan sebagai tuil utama dalam strategi kemampanannya yang lebih luas melalui Rangka Tindakan Kelestarian MAG, yang merangkumi faktor alam sekitar, sosial, keselamatan, tadbir urus dan ekonomi.
Beliau berkata usaha ini sejajar dengan langkah Malaysia bagi mencapai langkah-langkah berasaskan pasaran global Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang mana Malaysia mengiktiraf kepentingan kelestarian alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022

Malaysia Airlines akan mengubah suai armada A330neonya dengan susun atur premium yang akan menempatkan 300 penumpang dalam dua kelas. - Gambar fail/ Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .

INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.

Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.

Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.