Mah Sing Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Mah Sing Properties Sdn Bhd, hari ini membeli tanah pegangan bebas utama seluas 1.44 hektar di Jalan Beserah dekat Jalan Tun Razak pada pertimbangan harga mencecah RM60 juta.
Menurut kumpulan itu, harga pembelian sebenar akan diselaras mengikut ketetapan kadar kepadatannya adalah lebih rendah daripada 350 unit seekar yang akan diumumkan kelak.
"Usaha pembelian itu sejajar dengan usaha kumpulan untuk memiliki tanah penting di lokasi strategik, khususnya di Lembah Klang dan meningkatkan jumlah simpanan tanah di kawasan berkenaan.
"Ia turut menjadikan simpanan tanah kami di kawasan utama kepada 942.10 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dan jualan belum dicatatkan sebanyak RM30.9 bilion," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Deposit sebanyak RM6 juta telah dibayar pada majlis pemeteraian perjanjian jual beli berkenaan manakala bayaran baki akan dibuat dalam masa tiga bulan selepas penjualan tidak bersyarat dengan tempoh lanjutan automatik selama dua bulan.
Kumpulan itu berkata, tanah itu akan digunakan bagi pembangunan kediaman yang menghadap berdepan Taman Tasik Titiwangsa.
Ia dijangka melibatkan pembinaan kondominium tepi tasik dengan anggaran kawasan binaan seluas 850 kaki persegi pada anggaran harga serendah RM485,000.
Mah Sing Group juga menyasarkan anggaran GDV projek itu mencecah RM650 juta.
"Kami menyasarkan untuk meningkatkan jumlah simpanan tanah di Lembah Klang sehingga 75 peratus daripada keseluruhan baki GDV dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang berbanding 62 peratus ketika ini.
"Usaha meningkatkan pembelian tanah di Lembah Klang dengan tumpuan (tawaran) harga yang berpatutan ini akan meletakkan kami pada kedudukan lebih baik bagi memenuhi permintaan pasaran," kata Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Leong Hoy Kum.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2017
![Mah Sing beli tanah pegangan bebas RM60 juta di Kuala Lumpur Mah Sing beli tanah pegangan bebas RM60 juta di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446567217_mahsing.jpg)
Mah Sing Group juga menyasarkan anggaran GDV projek itu mencecah RM650 juta. -Gambar www.mahsing.com.my
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Mah Sing beli tanah pegangan bebas RM60 juta di Kuala Lumpur Mah Sing beli tanah pegangan bebas RM60 juta di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446567217_mahsing.jpg)
Mah Sing beli tanah pegangan bebas RM60 juta di Kuala Lumpur
Deposit sebanyak RM6 juta telah dibayar pada majlis pemeteraian perjanjian jual beli berkenaan.
![KWSP beli 1.5691 juta saham Mah Sing KWSP beli 1.5691 juta saham Mah Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446823011_kwsp.jpg)
KWSP beli 1.5691 juta saham Mah Sing
Mah Sing adalah antara pemaju paling aktif di Malaysia dengan portfolio sebanyak 46 projek, 11 daripadanya sudah siap.
![Mah Sing Group sasar jualan RM149 juta di Pulau Pinang Mah Sing Group sasar jualan RM149 juta di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51412438067_295x200.jpg)
Mah Sing Group sasar jualan RM149 juta di Pulau Pinang
Mah Sing Group Bhd menyasarkan jualan bernilai RM149 juta susulan pelancaran projek pembangunan bercampur 'The Coastal' di Pulau Pinang pada Sabtu.