Mah Sing Group Bhd menyasarkan jualan bernilai RM149 juta susulan pelancaran projek pembangunan bercampur 'The Coastal' di Pulau Pinang pada Sabtu.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Ng Chai Yong berkata Pulau Pinang, pasaran penting bagi kumpulan itu, dijangka menyumbang kira-kira 10 peratus kepada jualan syarikat untuk 2014.
"Setakat ini kita ada lima projek di Pulau Pinang dengan nilai pembangunan kasar RM3.3 bilion dan kami harap pelancaran 'The Coastal' membolehkan kami mencapai sasaran jualan di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas ulang tahun ke-20 syarikat di sini.
Terdahulu, Ng bersama-sama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Teh Heng Chong melancarkan 'The Coastal' yang terdiri daripada suite untuk profesional, suite kediaman serta kompleks kedai di atas tanah seluas 1.13 hektar.
Beliau berkata kumpulan itu mengintai peluang meningkatkan simpanan tanah di Pulau Pinang terutama di kawasan Seberang Perai.
"Pada masa ini kita ada sekitar 1,505 hektar tanah belum dibangunkan di Malaysia dengan 33 hektar di Pulau Pinang.
"Kami merancang untuk meningkatkan simpanan tanah dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.
Beliau turut mengakui agak mencabar bagi syarikat untuk memperoleh apa yang mereka mahukan di negeri itu.
Bagaimanapun, Ng berkata Mah Sing yakin 'The Coastal' akan menerima sambutan baik kerana harganya berpatutan.
"Tumpuan kami ialah suite profesional dengan keluasan binaan bermula 575 kaki persegi dan berharga minimum RM581,800 dengan lapan unit di setiap tingkat," katanya.
'The Coastal' dengan nilai pembangunan kasar RM275 juta dijangka siap dalam tempoh 48 bulan.
Bernama
Sun Oct 05 2014
Mah Sing Group Bhd mengintai peluang meningkatkan simpanan tanah di Pulau Pinang terutama di kawasan Seberang Perai
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
CEO Kumpulan Encorp Berhad didakwa pecah amanah lebih RM1 juta
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM50,000 dan semua syarat tambahan yang dipohon serta menetapkan sebutan semula pada 7 Jan depan.
LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
CEO MADACorp mohon maaf tidak sambut salam Mohamad Sabu
Ketua Pegawai Eksekutif MADACorp Abdullah Ismail memohon maaf berkenaan isu dia dikatakan tidak menyambut salam Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada satu acara.
Sagar Sanjay dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations
Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Sagar Sanjay Dighe sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAG Catering Operations.
Muhtar Suhaili dilantik CEO baharu kumpulan EPIC
EPIC mengumumkan pelantikan Muhtar Suhaili sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu berkuat kuasa pada 17 April, 2024. Dalam kenyataan
Ibrahim Sani dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju
Ibrahim memiliki pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang kewangan, perbankan, strategi, perisikan perniagaan, pasaran modal, dan juga media.
Zainariah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative baharu
Bekas Ketua Unit Seni, Warisan dan Ruang Awam Yayasan Hasanah, Zainariah Johari dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Rozita Waty pangku jawatan CEO Finas mulai 1 Jun
Ia merupakan langkah penstrukturan semula yang akan melibatkan penjajaran semula terhadap dasar, program dan aktiviti industri kreatif.
HLBB lantik Kevin Lam Sai Yoke sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, Ketua Pegawai Eksekutif mulai 1 Julai
Hong Leong Bank Bhd (HLBB) melantik Kevin Lam Sai Yoke sebagai Pengarah Urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Elon Musk umum akan letak jawatan CEO Twitter jika...
Jelasnya, susulan itu beliau hanya akan "menguruskan pasukan perisian dan pangkalan".