Dalam kenyataan semalam, LGM berkata kadar teraktif di Sabah adalah 10 sen sekilogram bagi getah sekerap dengan 50 peratus Kandungan Getah Sekerap (KGK) manakala 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
"Bagi Sarawak, kadar bayaran adalah 20 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 40 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK. Bagi lateks, insentif adalah 90 sen sekilogram (100 peratus KGK)," katanya.
Menurut LGM, pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 30 Sept 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2024.
Bagaimanapun, IPG getah sekerap dan lateks tidak teraktif di Semenanjung Malaysia bagi Ogos 2024, menyebabkan tiada pembayaran IPG akan dilakukan bagi bulan berkenaan.
Bermula Januari 2024, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Pelarasan ini, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan menyokong semua pekebun kecil Malaysia yang berkelayakan.
-- BERNAMA