KUALA LUMPUR: Malaysia kekal menjadi destinasi pilihan usahawan dari China untuk mengembangkan perniagaan di rantau ini yang menyaksikan lebih ramai pelabur negara itu mengintai peluang melabur di sini.
Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing berkata dalam keadaan kelemahan ekonomi global yang kian meningkat dan ketegangan geopolitik yang memuncak, perdagangan dan pelaburan China-Malaysia bertentangan dengan itu dan mencapai pertumbuhan baharu.
Beliau berkata statistik rasmi China menunjukkan dari Jan hingga Nov 2022, perdagangan dua hala China-Malaysia meningkat 18.5 peratus pada asas tahun ke tahun mencecah AS$184.75 bilion.
China dijangka menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia untuk tahun ke-14 berturut-turut.
Menurut statistik rasmi Malaysia, pelaburan China menduduki tempat teratas pada separuh pertama 2022, mencecah AS$11 bilion, menyumbang 55.6 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang menjadikan ekonomi kedua terbesar dunia itu rakan kongsi pembangunan terpenting Malaysia.
"Hubungan China-Malaysia berada di barisan depan dalam hubungan China-ASEAN.
"China akan terus menggalakkan lebih banyak perusahaan China menambah pelaburan di Malaysia bagi meningkatkan lagi pembangunan ekonomi dan industri Malaysia," katanya pada program "Bicara Duta" anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kedutaan China di sini, hari ini .
Ouyang berkata beliau optimis bahawa trend itu akan terus berkembang berdasarkan penglibatannya yang kerap dengan usahawan China di sini.
"Mereka memberitahu saya sebab mereka memilih Malaysia kerana persekitaran politik negara yang stabil, lokasi geopolitik yang strategik, infrastruktur moden serta sistem perundangan yang baik.
"Hubungan baik rakyat dengan rakyat juga menjadi satu daripada faktor yang menarik pelabur China ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata China dan Malaysia boleh memperdalam lagi kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik, separa konduktor dan cip serta industri minyak dan gas.
"China bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk menggunakan peluang pembangunan ini dengan baik. Kami akan mengukuhkan kerjasama ekonomi, mempercepat inovasi sains dan teknologi dan memperdalam kerjasama dalam semua aspek termasuk kesalinghubungan, ekonomi digital, ekonomi hijau, pertanian moden, bioperubatan dan lain-lain.
"Kami akan bekerjasama untuk membawa manfaat lebih banyak kepada rakyat kedua-dua negara dan menyumbang kepada keamanan serta kemakmuran serantau," katanya.
Memandangkan tahun ini ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif China-Malaysia dan pada tahun 2024 China-Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik, beliau mencadangkan agar kedua-dua negara merangka pelan tindakan pembangunan masa depan China dan Malaysia.
Beliau berkata kedua-dua negara harus mengukuhkan lagi kerjasama antara kerajaan, parti politik dan pertubuhan sosial di semua peringkat, terus saling mempercayai dan memperdalam serta mengembangkan kerjasama pragmatik dalam semua bidang.
"Kita harus terus menambah dan memperkaya konotasi perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia dan mendorong hubungan China-Malaysia ke tahap baharu.
"...China dan Malaysia harus merebut peluang, menggunakan sebaik mungkin momentum pembangunan ke arah membina komuniti China-Malaysia yang bersama berkongsi masa depan," kata Ouyang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
Ouyang Yujing berkata China dan Malaysia boleh memperdalam lagi kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik, separa konduktor dan cip serta industri minyak dan gas. - Gambar fail
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.